Wednesday, January 30, 2008

ITTAQULLAH




















Firman Allah yang sentiasa berkumandang setiap kali khutbah

يا أيها الذين امنوا اتقو الله حق تقاته ولا تموتن الآ وانتم مسلمون
Maksudnya" Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam".

Mutaakhir ini begitu banyak kejadian yang berlaku yang memerlukan kepada sistem pertahanan yang hebat.Sistem itu tidak lain dan tak bukan tentulah yang datang dari sisi pemilik alam ini , iaiatu Allah swt.Itu lah TAQWA.

Sabang hari dan ketika ada sahaja kes-kes jenayah yang berlaku, bermula dengan kes rompakan, ragut , samun,culik,perkosa, sehingalah kepada pencerobohan hak asasi manusia dan hak asasi beragama, seperti larangan bertudong,larangan memberi ceramah agama,larangan mengerjakan solat,larangan beramal dengan syiar Islam serta daalam hal makan minum, saban hari ada sahaja berita penyalahgunaan logo Halal, premis makanan yang dah luput tarikh halal,menjual makanan dan barang kegunaan harian yang tidak halal dan tidak bersih.
Contoh dalam gambar di atas: Getah pengikat rambut dari kulit babi, kasut kulit babi,dan begitu banyak barangan dan makanan yang bersumberkan babi terus bermaharajalela didalam pasaran negara kita.

Sebagai maklumat, tanda nak kenal kulit babi ialah ada tompok titik tiga !!!
tetapi dalam makanan....hati hatilah tiada tanda tersebut..

Inilah yang dikatakan fenomena yang terus berlaku seolah-olah negara ini tidak ada pengawal,atau ada tetapi bagaikan kata pepatah melayu, harapkan pagar , pagar makan padi.
Justru itu umat Islam kini mestilah berhati-hati dan berwaspada .Jadikan lah Taqwa penawar dan benteng yang paling mujarab.

Monday, January 28, 2008

INGATAN BUAT DIRIKU YANG MUDAH LUPA

Hari minggu, 26 Jan 08 yang lalu, aku dan beberapa orang teman bertolak dari Sri manjung, jam 12.30 tengah hari.Tujuan nya ialah untuk menziarahi bekas YDP lumut yang sedang sakit di IJN.Alhamdulillah kami selamat sampai dan sempat menziarahinya.Bila je terpandang wajahnya yang dah banyak berubah, teringat betapa aku ini, insan kerdil yang entah apalah jasa dan amalku untuk Islam.Bekas Ydp kami adalah diantara insan yang bertanggungjawab menjadi perintis kepada tertegaknya amar ma'ruf nahi Mungkar di Kawasan Lumut.
Alhamdulillah , walaupun beliau kini diuji dengan keuzuran , namun kami yakin beliau tidak akan di sia-siakan oleh Allah.Mudah-mudahan ini akan menambahkan lagi pahala buat beliau.

Kini ku kemabali semula , dan berazam segala ilmu dan pengalaman yang disampaikan beliau akan kami teruskan . InsyaAllah.

Kepada generasi muda teruskanlah perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah dengan tidak membuang masa dan melakukan perkara-perkara yang "Laghau" dan sia-sia.

Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara:-

a.Hidup sebelum mati
b.Senang sebelum susah
c.Sihat sebelum sakit
d.Lapang sebelum sibuk
e.Kaya sebelum miskin

Kembalilah kepada prinsip yang digariskan oleh Allah dalam surah ash-Shaff ayat 10-13
يا أيها الذين أمنوا هل ادلكم على تجاره تنجيكم من عذاب أليم (10)توئمنون بالله ورسوله وتجاهدون في سبيل الله باموالكم وانفسكم ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون (11) يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجري من تحتها الانهار ومساكنا طيبه في جنات عدن ذلك الفوز العظيم(12) وأخري تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين (13


Maksudnya" Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih(11) Yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya da n berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu,Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya(12)
Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mu dan dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan tempat tinggal yang baik didalam syurga 'Adn.Itulah keberuntungan yang besar(13) Dan ada lagi kurniaan yang lain yang kamu sukai iaitu, pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman"

Wallah 'alam


Wednesday, January 23, 2008

KULIAH MAGHRIB



Semalam , 23 jan 08 aku menunaikan amanah untuk menyampaikan kuliah maghrib berkaitan dengan Ekonomi Islam.Tajuknya Objektif Pengeluaran.
Bersumberkan Nota Pengajian Diploma Tasawwur Islam terbitan ILHAM , akummenerangkan antaranya:

dalam sisitem ekonomi Islam , meskipun bersetuju disegi kepentingan peningkatan harta , namun peningkatan ini tidak dilihat sebagai matlamat akhir.
Matlamat akhir ialah Limardhati llah, untuk beribadat kepada Allah dan Al falah.
Maksudnya peningkatan pengeluaran bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata, tetapi untuk meningkatkan kebajikan manusia serta mengefisienkan penggunaan sumber bagi mendapat redha Allah.

diringkaskan antara objektif pengeluaran:-

a. Untuk menyediakan keperluan sendiri secara sederhana.
b. Untuk memenuhi keperluan orang-orang yang dibawah tanggungannya.
c.Untuk menyediakan keperluan bagi masa depan.
d. Unuk meninggalkan bekalan harta buat keluarga yang ditinggalkan selepas ketiadaannya.
e.Untuk Perkhidmatan sosial serta sumbangan di jalan Allah swt.

Dalam pertemuan disentuh juga tentang perkara-perkara yang mempengaruhi penggunaan pengguna Muslim.

Antaranya mengikut pandangan, Monzer Khaf

a. Keyakinan kepada hari Kemudian.
b.Konsep Islam terhadap kejayaan.
c.Konsep Islam terhadap harta
d.Konsep barangan dan perkhidmatan
e.Etika penggunaan.

..Bersambung

Friday, January 18, 2008

KEMBALI KE LANDASAN




Apa maksud kembali kelandasan? sebenarnya ini adalah kalimah yang digunakan oleh Penolong pengetua aku, bagi memperbaiki prestasi pelajar-pelajar agar ingat janji asal mereka dengan ibu ayah, dengan pihak Institusi dan apa lagi dengan Allah Tuhan yang mentadbir alam ini.

Aku juga terpanggil untuk menyatakan kebimbangan ini agar jangan sampai terus berlaku tanpa noktahnya.Cukuplah dengan apa yang sedang melanda bumi tercinta ini ,yang terkini kita kehilangan adik Sharlinie.Ibu bapanya lagilah terasa.Bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang.

Duhai penguasa.Buat lah sesuatu.Tanggungjawab ,mesti dibertanggungjawab.Aku teringat semasa pengajian ku di salah sebuah IPT dalam negara,pensyarah Ilmu sains politik aku menyatakan bahawa pernah berlaku dimasa pemerintahan Khalifah Umar Alkhattab r.a. "Seandainya seekor keldai mati di padang pasir, maka Umarlah yang akan bertanggung jawab".Nah sahabat-sahabat sekelian , inilah dasar dan sikap penguasa yang bertaqwa dan yang benar-benar menjadi pembela kepada kaum yang lemah.

Justru itu apa tugas dan tanggungjawab kita didalam memastikan perkara ini dapat diatasi dan idak berulanglagi.Tidak lain dan tidak bukan marilah kembali kelandasan.Kelemahan dan ketidakmampuan mesti diperbaili sebagaimana pelajar tadi yang tidak menunjkkan prestasi yang baik dan mengikut piawaian Isntitusi perlu berubah kembali kepada landasan atau di singkirkan dari pengajian, dan diganti dengan pelajar lain yang lebih bersedia untuk memastikan kebaikan dan kejayaan berterusan dan dapat dielakkan sebarang pembaziran dan kemusnahan yang berpanjangan.

Perkara ini adalah sama sebagaimana dalam melaksanakan tuntutan Solat.Imam yang melakukan kesilapan wajib ditegur dan Imam mestilah akur.seandainya Imam degil maka wajib Mufaraqah atau diganti dengan Imam yang lain.

Semoga coretan ini menjadi muhasabah untuk diriku dan anda semua.


Thursday, January 17, 2008

Dairi Maghrib


Petang Khamis jam 7.20 petang , bertarikh pada 17 jan 2008 bersamaan 7 Muharram 1429h, aku sampai ke Surau al Makmur IKM Lumut.Jamaah sudah ramai menunggu waktu solat, Alhamdulillah dan ada yang sedang mengambil Wudhu' membersihkan diri. Jam 7.30 azan dilaungkan , selepas selesai Solat Maghrib, aku mulakan kuliah .
Tajuk berkenaan dengan Attoharah dan kepentingan dalam kehidupan seorang pelajar.
Berbekalkan Kitab Silsilah al Fiqhu Islaami , Juzu' I untuk Sanawi awwal, kepunyaan anak ku semasa menuntut di Sekolah Agama rakyat,Maahad tarbiyah batu 8 Trong perak,yang kini dah berada di Matrik UIA.

Attoharah mengikut bahasa melayu ialah Kebersihan.

Mengikut Syara' : Perbuatan yang membolehkan mendirikan solat dan amal ibadat yang lain dengan mengambil wudhu',mandi,tayammum dan menghilangkan najis yang terkena pada badan ,pakaian ,tempat dan sebagainya".

Aku terangkan betapa Attoharah merupakan amalan mulia .Didalam Syariat Islam,bukan sahaja kekotoran dalam bentuk najis yang nampak dipandang mata kasar, bahkan juga kekotoran amalan dan hati juga perlu dikenal pasti, seperti Syirik,hasad dengki,sombong, malas , rasuah,curi tulang, meniru didalam peperiksaan, menipu untuk lulus atau menang, mencuri , bergaduh dan sebagainya yang menjadi amalan setengah manusia yang tidak memahami tujuan kehidupan dan makna kebersihan yang sebenarnya.

KENAPA PERLU BERSIH ?

a. Agama Islam adalah 'deen' atau cara hidup yang suci dan bersih.

b. Semua amalan didalam Islam tidak akan sah dan diterima oleh Allah melainkan dengan adanya kesucian dan kebersihan
c. Sesungguhnya para Malaikat sentiasa bersama-sama dengan Muslim yang suci dan bersih.

d.Kebersihan dan amalan suci menjadikan umat Islam sentiasa sihat dan kuat, dan Allah sangat sayang kepada orang Islam yang kuat.

e.Sesungguhnya ibadat Solat merupakan suatu pertemuan dan luahan hati secara langsung antara makhluk yang bernama insan dengan tuhannya, justru itu kebersihan menjadi pra syarat kepada maqbulnya doa dan khusyuknya ibadat.

f. Kebersihan zohir akan membuahkan kebersihan batin
g. Kebersihan juga melambangkan tanda syukur dengan nikmat Allah swt.

ALAT-ALAT BERSUCI.

a. Air Mutlaq
b.Tanah yang bersih.
c. Batu , kayu dan semua benda-benda kesat lagi suci untuk Istinja'
d. Alat untuk menyamak kulit, seperti garam,kapur barus dan benda-benda yang suci bagi menghilang najis pada kulit-kulit binatang selain kulit anjing babi dan keturunannya.

CARA-CARA.

a.Membersihkan dari Hadas Besar, dengan cara mandi wajib ataupun tayammum
b.Membersihkan dari hadas kecil , dengan cara berwudhu dan tayammum.

Disini sedikit huraian yang perlu diperhatikan.

Kebanyakan kehidupan remaja dan orang Islam di Negara kita hari ini banyak terikut-ikut dengan budaya lain, iaitu bukan budaya Islam. Umpamanya budaya bersolek yang melampau dan tidak mengambil kira halal dan haram.
Kadang-kadang air wudu' terhalang dengan sebab pewarna kuku,pewarna rambut yang menjadi kegilaan remaja sekarang.ukiran dan lukisan berbentuk tatoo, juga menghalang air dan merupakan cara hidup yang diharamkan oleh Islam.Budaya memakai subang oleh kaum Adam,bukan sahaja ditelinga tetapi juga di hidung,kening,lidah, pusat dan diseluruh anggota badan yang mengundang pelbagai masalah kebersihan jasmani dan rohani.

Bagaimana kalau wudu' terhalang.berhadas sepanjang hayat.
bagaimana kalau mandi wajib terhalang.Kotor sepanjang hayat.
Bagaimana kalau mati?
bagaimana untuk menjadi orang yang bersih?...

Bertaubatlah, kembali kepada cara hidup Islam, perbaiki dan azam untuk berhijrah ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Beberapa Tip.

a. Kekalkan sentiasa dengan wudu' InsyaAllah ada baraakah.
b. Tuliskan beberapa azam dan pembaikan yang perlu dicapai pada bulan ini,semester ini atau tahun ini , pada secebis kertas , simpan dan ingat sentiasa serta berusaha,InsyaAllah akan ada perubahan.
c. Jauhi budaya asing dan sentiasa jadikan mencari ilmu dan beramal denganya sebagi satu budaya dan cara hidup kita.

Selepas Solat Isya' berjamaah, majlis bersurai dengan harapan agar Allah membuka jalan agar catitan dan celoteh ini dapat diamalkan bersama.

Wassalam.


HIJRAH



Tanggal 1 Muharram 1429h,aku bersama anak lelaki ku mengambil keputusan untuk ke Air terjun Ulu kenas tidak jauh dari Kuala kangsar.

Pukul 9.00 pagi kami sampai dan betapa indahnya ciptaan Allah, suasana nyaman dan penoh Syahdu sungguh mengkagumkan, Syukur kepada Allah di atas segala nikmatnya.

Tinggal lagi kitalah manusia, yang perlu menunaikan tugas kekhalifahan kita, memastikan alam ini di urus berdasarkan hukum Ilahi.



ان ربكم الله الدي خلق السماوات والارض في سته ايام ثم استوي علي العرش يغشي اليل النهار يطلبه حثيثا والشمس والقمر والنجوم مسخرات يامره الا له الخلق والامر تبارك الله رب العالمين
Al A'raf-(54)
Maksudnya:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy,Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutnya dengan cepat, dan diciptakanNya pula matahari ,bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintahNya, ingatlah mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah, maha suci Allah, Tuhan semesta Alam".

Selepas mandi dan menikmati keindahan ciptaan Allah itu, jam 1.00 tengah hari , kami berlepas pulang dan singgah ditebing nya dengan menikmati Laksa kuala.dan tiga bungkus lagi untuk dibawa pulang, RM10.00.

Dipertengahan jalan , kami singgah di Masjid untuk Solat zohor, itulah secebis kenangan di 1 Muharram 1429 yang lalu.mudah mudahan generasi muda hari ini, khususnya anak-anak ku akan sentiasa menjaga Ciptaan dan amanah Allah dengan sebaik mungkin.

Wallahu A'lam .