Monday, June 30, 2008

TARBIYAH DARI ALLAH


Firman Allah An Nur : ayat 4 MAFHUMNYA:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik[1029] (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. "


[1029]. Yang dimaksud wanita-wanita yang baik disini adalah wanita-wanita yang suci, akil balig dan muslimah.

Ayat 23 Surah An Nur, Mafhumnya

"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah[1033] lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la'nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar, "


[1033]. Yang dimaksud dengan wanita-wanita yang lengah ialah wanita-wanita yang tidak pernah sekali juga teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan yang keji itu.

2, 3 hari ni heboh LIWAT ! LIWAT ! Liwat round ke 2.apalah malang negara ku ini perkataan jijik itu bermain dan menjadi glamour seperti EURO 08,Tiada penguasa kah? tiada mufti kah ? tiada sekolah atau U ke untuk mengkhabarkan , liwat bukan boleh main-main,zina bukan benda boleh main-main.Apa kata anak-anak mereka,apa kata remaja,apa kata non Muslim.Ini kah kerja pemimpin mereka, inikah bentuk watak pemerintah hari ini.Ini kah orang yang membela nasib rakyat.

Kalau soal tuduhan dan percakapan pun sudah tidak boleh di uruskan, apalagi yang mereka boleh buat.FIKIR kan lah.

Jangan, jangan bercakap dan melakukan apa-apa yang bercanggah dengan perentah Allah.
Akurlah,kembalilah kepada Syariat Allah.

Pengajaran:

a.Kedua-dua ayat menyebut wanita, tidak lelaki( inilah kehebatan AlQur'an,dalam kes seperti zina ,kehormatan lebih kepada wanita,adapun kes mencuri,membunoh dan yang berkaitan dengan kekasaran disebut nama lelaki)sebenarnya alQur'an utuk semua.

b. Setiap tuduhan mesti ada sekurang 4 saksi,jika tidak yang menuduh dikenakan had( hukuman 80 kali sebat)

c. Islam adalah agama Allah, untuk menjaga maslahah manusia.Justeru itu bila Syariat Islam (hudud) di nafikan, inilah natijahnya, semua orang jika terpaksa atau apa-apa kepentingan boleh melakukan apa sahaja bila hilang malunya.

Kepada semua kaum musliman daan muslimat yang beriaman dan bertaqwa, marilah kita bersama - sama berjuang bagi menegakkan agama Allah dalam satu pakatan yang baik atas nama Islam( bukan islam hadhari )

Thursday, June 26, 2008

EQ DAN SQ


Kursus ESQ 3 ( IQ,EQ dan SQ )Langkawi.

Firman Allah Al Ahzab:59

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

APA KATA YB LEPASAN AGAMA AL AZHAR...

HARIAN METRO-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu dan berkasut tinggi.

“Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.

“Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki.


“Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di sini, semalam.

Betul lah kata pesyarah dalam kursus tadi,manusia hari ini diukur berdasarkan IQ ( Kecerdasan Akal je) tetapi tiada EQ apa lagi SQ ( Kecerdasan emosi dan Kecerdasan Rohani)

Mudah mudahan ilmu yang ada pada kami ahli-ahli kursus ini dapat di curahkan kepada para pelajar dan ahli keluarga kami.InsyaAllah.

Wednesday, June 25, 2008

MASALAH DAN PENYELESAIAN

Firman Allah Al A'raf: 10

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur."



Dalam menyelesaikan masalah, seperti hutang, jadi kena kira gaji bersih RM3,000.00 sebulan, tolak semua perbelanjaan. masih tak cukup, pakai kad kredit, kalau tidak kena caranya akan bertambah lagi masalah hutang.

Kalau pakaikad kredit semua barang jadi murah, tetapi kalau ada kes kita lebih hati-hati.Kad kredit yang islamic mungkin ada sedikit kelebihan. Jadi apa cara penyelesaian:

a. Berjimat( pakai basikal,motorsikal atau kereta kecil dan bawa bekal,
b. Senaraikan cara terbaik.
c. Cari yang lebih banyak kebaikan.
d. Fokus dan Cari apa matlamat kita.( Jelaskan satu persatu )
e. Jangan ambil RM1000.00, ambil sekadar perlu.
f. Niat belanja biar sepadan dengan duit yang di ambil.

Jalan penyelesaian:

a. Tentukan masalah ( Masalah Masa)
b. Kumpul dan teliti
c. Uruskan masa.( Time manegment)

Financial Manegment:

a.cash Flow
b.Protection
c.invesment
d.Pesaka

8 Persoalan

1.Apa masalah sebenar
2.Kalau tidak selesai apa risikonya
3.Kalau tak selesai,berulang atau tidak
4.Apa akan berlaku,
5.mudhorat kepada siapa.
6.Dimana berlaku masalah
7.Apakah terjejas matlamat
8.Siapa yang ambil masalah tersebut( menyelesaikannya)

Sunday, June 15, 2008

MENGURUS KELUARGA ERA HADHARI


Terfikir didalam benak aku,di dalam keriohan bahan api dan bahan makan dan semua bahan keperluan yang bahangnya kian terasa, apa lagi bagi seorang aku yang pendapatan dibawah RM3,000.Tanggungan enam orang.

Bayangkan semua anak bersekolah,ada yang di menara gading,dan semua nya perlukan perbelanjaan. Pembiayaan kenderaan,ibubapa dan bagai-bagai lagi.Tak apa lah, mudah mudahan inilah sebahagian dari amalan yang akan diganjarkan oleh Allah swt di Akhirat nanti.

Terubat rasanya , jika pengorbanan ini difahami dan di insafi oleh anak-anak.Lahirnya anak-anak yang soleh dan solehah,ibu bapa yang bertaqwa serta kawan-kawan yang setia.

Ku insafi.Sesungguhnya kesusahan di alam fana ini sahaja dah merungsingkan, macamanalah di Akhirat nanti.Kesusahan di dunia ini walau susah macam mana pun ada penawarnya, ada penolongnya dan tidak berterusan.

Bagaimanalah saat kematian ku nanti,
Bagaimana pula kalam terakhir ku besok,
Bagaimanalah Alam Barzakh ku
Bagaimanalah jawapan ku bila ditanya Mungkar dan Nakir?

Jadi sebelum esok menjelang,
Bagaimanalah ku urus solat ku dan solat Keluargaku,
Bagaimana ku urus Ilmu ku dan ilmu keluargaku.
Bagimanalah ku urus Qur'an dan Hadis pada diriku dan keluarga ku.

Sebelum esok datang,
Ku inginkan bimbingan.
Ku inginkan asuhan
Ku inginkan teguran
Ku inginkan sapaan.

Tetapi siapa yang membimbing.
siapa yang mengasuh
siapa yang menegur
siapa yang menyapa.

Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis....?

Ya Allah kurniakanlah kepada kami bimbingan , pimpinan
Pewaris nabi,
Ulama dan Murabbi
Yang amanah dan berhati suci
Sentiasa menegakkan Ajaran Kitab suci dan Sunnah Nabi.
Binasakanlah Syaitan dan bala tentera yang dengki.

Walau pun kehidupan yang sukar,akibat pimpinan yang Korupsi, tetapi kerana Mu Ilahi ku teruskan tekaad ini bagi mengurus diri dan ahli mengikut Syariatmu Ilahi.
Mudah mudahan sinar kenabian dan kekudusan syariatmu terpancar dibumi ini menggantikan
Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis.....
Islam pasti menang.

MUHASABAH DIRI


Kami hayati pagi iniYa Allah,dimana ( Kami sedar ) Kerajaan ini ditangan Mu,Segala puji untuk Allah.Tidak ada sekutu baguNya.Tidak ada Tuhan melainkan Dia.KepadaNya kami akan dihimpunkan.

Kami hayati pagi iniYa Allah,dimana ( Kami sedar ) Kerajaan ini ditangan Mu,Segala puji untuk Allah.Tidak ada sekutu baguNya.Tidak ada Tuhan melainkan Dia.KepadaNya kami akan dihimpunkan.

Inilah antara lain maksud dalam satu petikan "Bacaan Mathurat"yang sepatutnya bukan sahaja menjadi bacaan rutin , tetapi menjadi penghayatan kita di dalam meneruskan hidup dan kehidupan di atas muka bumi Allah ini.

Sekurang-kurangnya di sana ada suatu rujkan dalam hidup kita, bagi mencapai kebaikan dan al Falah yang berteraskan Syariat Allah.

Wallahu 'Alam

Wednesday, June 4, 2008

GI PULAU PERHENTIAN




Hari ini minyak mula naik harga.Sebelum tu sempat berposting sama keluarga kat kampong. 1 liter RM2.70 , jadi untuk ke Kuala Besut isilah RM40.00.Hajat tu nak gi ke pulau Perhentian jarak dari rumah lebih kurang 90 KM melalui jalan pantai .Kami pakat adik beradik nak bertolak jam 12.00
Mengikut kata "Along'tambang Speed Boat RM35.00 untuk 10 orang,Sewa Chalet Family RM180.00 semalam.Saja-saja jalan cuti sekolah.Nak hiburkan anak-anak.Maklumlah mereka ni belajor je sokmo-sokmo.Mudah mudahan lepas ni mereka akan terus belajar dan memahami situasi sistem dalam negara ini.Biar mereka melihat bagaimana iklim di Malaysia.Masalah politik,Ekonomi dan sosial yang berlaku agar mereka dapat melihat dan mendengar dan membuat penilaian yang positif, mereka belajar bersama keluarga tentang politik dan sistem pengurusan oleh pak-pak menteri, mana yang ikut Islam dan keilmuan yang mereka belajar di IPT.Mereka boleh buat penilaian ,dan inilah harapan kami sebagai bapa agar anak-anak membesar dengan minta merdeka berpandukan Islam.

Oh ya masa dah dekat nak berlepas..hingga jumpa lagi.

PM Terlampau

Petrol naik kepada RM2.70 Desel RM2.60

Dari Harakah daily, aku tertarik dengan ulasan YB Hj Mahfuz, berkaitan kenaikan harga petrol dan Desel sebagai harga terlampau , walaupun pada asalnya dikatakan Harga minyak tak akan dinaikkan hingga tahun ini, dan ada suara menteri menyatakan petrol akan naik ogos ini...tapi tak semena-mena PM ku membuat pengumuman yang mengejutkan, inilah agaknya tanda terima kasih PM di atas PRU 12 .PM terlampau....memang tepat, rata-rata ku dengar HABIH JEM, terkejut dan masing-masing berlumba-lumba mengisikan bahan bakar itu yang memang tiada gantinya, kalau beras naik rakyat boleh tahan lapar, makan lepeng ke, ape ke. Kalau bahan bakar naik apa rakyat boleh buat ????nak ganti dengan ape ???

Kat kampong ku, kampong Peradong...ada satu stesyen minyak kat Kampong Batu Hampar,pun sama semua pakat beratur jugak...inilah disiplin orang kampong ku dan rakyat malaysia, walaupun di tekan, tetapi SABAR.Berbaris, dan lebih parah tu , ada abang polis dok tunggu kat steysen tu dok jaga tahan orang kampong nak beli minyak pakai tangki/tong kosong.Kalau nak beli kena bawa motor atau kereta, tak boleh pakai bekas !!!!ape peraturan ni...

Nasiblah ada sorang hamba Allah yang berani menegur dan memberi pandangan , apahal kalau kawan tu bawa tin kerana motor ke, kereta ke ,mati kat tengah jalan, apahal?.
Akhir nya barulah dibenarkan beli minyak tu...Inilah kalau penjawat awam tak tahu bidang kuasa dan bidang kerja mereka..menyusahkan.

Aku rasa perkara ini bukan je berlaku kat kampong ku yang jauh dipendalaman ni, bahkan semua tempat dalam Negara ku ini yang mendengar pengumuman PM terlampau didalam media petang tadi.

MP apa cerita.Wakil-wakil rakyat macam mana, pak menteri tak ape ... deme PRE belake.
Kita orang kampong,Guane gamok?? Klotong nyor ah......apakah kita mahu terus jadi begini atau sebaliknya.
Ya Allah ...berilah kekuatan kepada hamba bagi meneruskan pejuangan ini.
Akhiru kalam...madah hamba buat hilangkan rungsing!!!

pon talifon, anak ayam bulu balik
balik zaman jepun tak ada beras makan keledek

pon talifon , anak itek bulu tebal
balik zaman jepun minyak mahal naik basikal

pon talifon,anak lembu tepi sungai
Puas dok termenong ,lepas ni bala ape pula yang nak mai.