Monday, May 26, 2008

BN - banyak barang naik harga....



Jam 8.00 pagi, 26 Mei 08 berlepas dari Sri Manjung menuju ke Langkawi.
Tiba di Termina Feri Kuala Perlis Jam 11.30 pagi.Parking di tempat seorang remaja dengan bayaran RM10.00 sehari.
Pastu beli tiket "My Fery" RM 18.00 Dewasa dan RM13.00 Kanak-kanak. janji 12.45 tetapi delay 1.45 dan sampai di Jety Kuah jam 2.45 Petang.DiJety tu bertemu dengan anak murid lama "Darul qur'an Rusila" Sdr Abd hadi , orang Negeri Sembilan.

Lepas tu dapatkan service Sewa kereta " Iswara" Cermin Driver pun tak boleh buka tambah dengan "Hon " tak bunyi charge RM60.00 sehari.Ini lah gaya orang kita buat Bisness.Berpandukan Peta Lokasi pulau langkawi dan beberapa kali sesat...maka bertemulah CD Motel.

Alhamdulillah Dik Nora booking CD Chalet" CD Motel" RM90.00 satu malam dipantai Chenang,dibelakang "Water World" Ok lah.

Petang tu selepas solat jama takhir dan rehat, di CD Motel kami sekeluarga Round sekitar chenang keliling melalui Water world ,Air port hingga ke Pekan langkawi dengan mengisi RM30.00 Shell.

Singgah pekena roti telor kat Restoran "Assam' 8 orang makan RM27.00( termasuk air buah dan 2 pinggan Laksa penang.

Lepas beli choklat dan sikit barang kat kedai 'Ismail Group" RM80.00 kami pun pulang ke CD Motel.Masa merayau tu ada juga terjumpa lambang bulan, dan PKR tetapi taklah banyak sangat,tetapi nampaknya semakin cerah, insyaAllah.

InsyaAllah Besok selepas terbit matahari kami nak keluar melihat suasana Orang langkawi lagi, mungkin ada kenalan mana tahu...

No comments: