Sunday, November 23, 2008

PUISI UNTUK CIK

DULU
MASA AKU KECIL 18 APRIL.....48 TAHUN YANG LALU..
NUNG DI DESA, TEPI KALI
TEPI PAYA
TEMANKU BELUKAR,KEBUN,PADI,BATAS KERBAU DAN UNGGAS.

KESANA KEMARI TAWA RIA, WALAU TANPA KERETA.
KEHUTAN,MOTONG GETAH,PUKUL PADI,TANAM SAYUR TANPA BAJA
KEPAYA, KE LUBOK NYIOR,KEMANA SAHAJA
BERSAMA DIA ...CIK SETIA BERSAMA AKU ANAK DIA

AKU DIGENDONG
AKU DIDUKONG
AKU DIASUH DAN DIDIDIK BAGAIMANA MENCEDONG
BAGAIMANA MOTTONG

ITU LAH CIK AKU
ADA KALA KE SURAU PUN DI DUKONG DAN DI GENDONG

CIK PERNAH KE SINGAPURA
MASA TU RAMAI ANAK MUDA KE SANA
MENCARI HARTA
JUGA CIK, INGIN MENYARA
AGAR ADA DUIT BUAT BERLANJA

AKU SEKOLAH RENDAH BELARA
GI SEKOLAH JALAN KAKI JE
KADANG-KADANG BERKASUT
KADANG -KADANG TIDAK..
TAPI AKU BANGGA
AKU ANAK CIK
ABANG RANI...CIK YANG TEGAS.
PENYAYANG.

KINI AKU DAH JADI ORANG
JAUH D RANTAU ORANG
CIK PULAK SAKIT
CIK DAH INGAT-INGAT LUPA
CIK DAH TUA.

AKU DI SINI INSAF SENDIRI
BAGAIMANA NANTI AKU
PUN JADI TUA
JADI PELUPA
SIAPA NAK JAGA AKU

HARI INI AKU TAK JAGA CIK
AKU TAK GENDONG CIK
AKU TAK PIMPIN CIK
SEBAB AKU JAUH
AKU JAUH
YA ALLAH DEKATKANLAH CIK AKU DENGAN AKU
YA ALLAH BERKATILAH UMUR CIK AKU
HILANGKAN DERITA CIK AKU
AMPUN DOSA CIK AKU

BERILAH KEKUATAN UNTUK CIK
BOLEH SOLAT LAGI
BOLEH JALAN LAGI
BOLEH IBADAT LAGI
SURAU CIK
DIA LAH BILAL
DIA LAH IMAM
AKU..
AKU..
BILA BALIK SEKALI SEKALA JADI LAH BILAL
JADI LAH IMAM

KINI CIK DUDUK JE
CIK BARING JE
CIK SAKIT
TAPI TETAP SENYUM
SURAU KOSONG
TIADA LAGI SUARA BILAL CIK
TIADA LAGI SUARA IMAM CIK

MAK GANTI
MAK JADI SIAK
MAK JADI IMAM DAN MAK JADI MAKMUM

AKU..
AKU..
JAUH DI SINI
YA ALLAH
HARI INI 23 NOV 08..
CIK DI HOSPITAL, KATA ABANG CIK NAK OPERATE
YA ALLAH SELAMATKANLAH CIK AKU
BERKATILAH UMUR CIK AKU
MAK...
MAK,...
TERIMA KASIH KERANA TAAT JAGA CIK
SUSAH PAYAH JAGA CIK
SUSUT BADAN KERANA JAGA CIK
YA ALLAH BERKATI LAH MAK AKU
BERKATILAH MAK AKU
BERKATILAH MAK DAN CIK AKU

AKU,ANAK-ANAK DAN CUCU CICITMU
DOAKAN AGAR MAK DAN CIK SELAMAT
YA ALLAH AMPUNILAH MEREKA
KASIHANILAH MEREKA
SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI KAMI SEMASA KAMI KECIL DAHULU.

AMIN YA RABBAL AALAMIN.

Saturday, November 22, 2008

QURROTA 'ATYON


Anak penyejuk mata ibubapa

Hiasilah dengan AlQur'an



Mafhum Surah Luqman Ayat : 13

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

Anak-anak kita adalah permata hati penyejuk jiwa tetapi andainya salah didikan ianya bertukar menjadi bebanan dan penyeru kepada pintu-pintu neraka.

Justru itu Anak remaja kita perlu didikan akhlak, emosi, rohani, jasmani serta intelektual. Bacaan al-Quran hanya memenuhi sebahagian daripada tuntutan rohaninya.

Bahagian-bahagian lain juga perlu mendapat pengisian. Tidak cukup sekadar doa semata-mata. Akhlak menjadi runtuh berpunca daripada makanan yang tidak halal. Ini
memang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Awasi makanan anak supaya ia datang daripada sumber yang baik, insya-Allah akhlaknya akan menjadi baik juga.

Banyak ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk melembutkan hati anak mereka. Ayat untuk melembutkan hati ialah dari surah al-Hasyar ayat 21 dan juga surah Taha ayat satu hingga lima. Jika lari dari rumah, amalkan bacaan surah Yusuf.

Wednesday, November 5, 2008

BERTAUBATLAH DENGAN CARA YANG BETUL


Dalam TV dirumah kita....

1. Solehah- Filem Indon yang menggalakkan hidup seorang gadis bertudong tetapi bebas bersama teman lelaki.
2. Olivia- Filem Indon yang mempromosikan hidup bahagia bila perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya
3.Puteri- Filem melayu yang mempromosikan hidup bebas dalam satu rumah.
4. Deremon- Filem kartoon- menggambarkan makhluk berkusa sepeti Tuhan.
5. Hikayat Putera sazlan-Filem melayu-menggambarkan kitab yang berkuasa.


HIDUP PENUH TIPUDAYA

Petikan akhbar dikedai-kedai ditepi rumah kita.

Nenek ditahan merokok di tempat awam


PULAU PINANG: Seorang nenek berusia 58 tahun menangis teresak-esak meminta dilepaskan selepas ditahan kerana merokok di tempat awam dalam operasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang selama tiga jam di sekitar Komtar pagi ini.

Wanita berkenaan, yang ketika itu bersama seorang cucu lelakinya berusia lapan tahun, kelihatan terkejut ketika ditahan oleh pasukan penguatkuasa di Terminal Bas Komtar di sini, dan terus menangis sambil merayu meminta supaya dilepaskan.


Sahabat mari kita renung:

1. Kenapa Kaki judi tiada yang kacau.
2. Kenapa kaki botol tiada yang halang.
3. Kenapa si mamat yang tak puasa di biarkan.
4. kenapa si Joyah yang bermini skirt tidak di tangkap.
5. kenapa si Ali yang tak solat di agungkan !!!

Ini lah suasana yang aku ,si nenek dan engkau akan sentiasa hadapi ....SAMPAI KAPAN!!!!

TV dan media mendidik kita untuk hidup songsang ????

Tuesday, October 28, 2008

MAKHLUK PEROSAK


















MB di Penempatan banjir Lekir


























Allahu akbar


Firman Allah Surah At Taubah :107: bermaksud:


" Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu[660]. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).


[660]. Yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syiria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentara Romawi yang akan memerangi kaum muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu 'Amir ini tidak jadi karena ia mati di Syiria. Dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan wahyu yang diterimanya sesudah kembali dari perang Tabuk.

Sahabat seperjuangan sekelian,Berdasarkan ayat di atas, kita umat islam dan khususnya para RIJAL di LUMUT, apa lagi di Era Fathu dan Al Falah ini perlu lipat gandakan keberhatian dan kesiap siagaan didalam meneruskan dan memanjangkan kemenangan.Disana sini akan lahir bibit-biit makhluk perosak .

Waspadalah , para RIJAL tidak boleh terjatuh dua kali didalam lubang yang sama.Peribahasa melayu jangan dilupakan "Kepala sama hitam tetapi hati lain-lain"

Namun begitu kita berpegang kepada " Khairun nnas man yan fauunn Nas" Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain !!!.

Justru itu marilah kita teruskan kerja dan agenda perjuangan kita kerana mencari RedhaNYA, bukan redha mereka.
Jadilah saperti Panglima Perang Syaidina Khalid Alwalid, yang teruskan perjuangan semata-mata kerana Allah, bukan kerana mencari publisiti dan pujian atau kehendak manusia.

Biarkan luncai itu terjun dengan labu-labunya.Luncai itu tetap luncai, sekiranya dia tidak kembali ke pangkal jalan, mereka akan menyesal.Dulu mereka tiada pun semasa kita berhempas pulas meredah onak dan duri, masa kita menebas dan menebang mereka entah di mana.

Tetapi kini bila sudah nampak pisang mula berbuah, mempelam sudah berputik, durian sudah berbunga maka datanglah monyet-monyet itu.... datanglah berok-berok itu..... dengan berbaju Islam, berwajab manis saperti pejuang yang kental...

Astargfirullah halm azim!!! Ya Allah lindungi kami dari penyakit ini " Hubbu Dunya wa karahiatul Maut"

Sahabat-sahabat ku aku sayangi kamu, aku juga sayangi diriku...maka marilah kita teruskan perjuangan ini ..bukan kerana mereka tetapi kerana DIA.

Allah melihat siapa yang bekerja dan siapa yang buat-buat kerja...

Wassalam.

Monday, October 20, 2008

RENUNGAN BUAT DIRIKU

Allah maha perkasa,Subha Nallah.
Flip Flop dan berbohong- sifat mazmum

Kuliah maghrib, 20 okt 08.Pertama kali setelah PR menang di perak,kuliah di Surau Nurul Iman.Berbekalkan buku Islam dan Manusia, karangan Dr Harun Din dan Groupnya, Dalam muqaddimah:

1.Manusia adalah makhluk istimewa dan sebaik kejadian, syaratnya
mesti beriman dan menunaikan semua perintah dan menjauhi larangan.

2. Manusia adalah Khairul bariah, bila beramal dengan alQur'an dan Sunnah Nabi SAW.
3. Manusia adalh Ahsani Taqwim, bila mereka hidup beraqidah dan menjaga Syariat Allah.
4.Allah telah memberi amanah bagi mengurus dunia Islam dan menyebarkan agama, hanya manusia yang beriman sahaja yang sanggup, justru itu kita mesti mencari bekalan agar amanah Allah tersebut dapat kita tunaikan.

5. Bagi hayat yang ada,perlu di manfaatkan bagi merebut peluang hidup sebelum mati.

Selepas kuliah tu ,ada pulak majlis Tahlil, seorang ahli jamaah kematian isteri akibat Stroke, mudah mudahan Allah menempatkan isteinya bersama para Solihin.

Sunday, September 28, 2008

RAMADHAN KAT KAMPONG

Dalam perjalanan ...Ada air , boleh mandi















Ni kenangan dikampong

Pada 27 sept 2008, kami sekeluarga bertolak dari Sri Manjung ke Terenganu melalui simpang Pulai.Dari rumah jam 645 .Entah macamana kunci pagar tak jumpa....tapi oklah ada gantinya.

Setelah 7 Jam perjalanan yang penuh debaran,

Alhamdulillah , kami sampai ke Masjid Kg Kepah solat Zohor jamak Taqdim.Lega....

Jam 2.00 petang kami sampai ke rumah Emak, di kampong Peradong.
Le Ning ada kat rumah Ma di Tok Jiring.

Pagi tadi masa gi pasar Bt 6 jumpa pulak Ustaz ABC.Sekarang bergelar Dato' .
Petang nya kita pergi ke Tabung haji di Bandar Kuala Terengganu.
Lepas tu pergi pasar Chabbanng tiga, beli juadah buka puasa.
Ha ning , nak tunggu solat Terawikh.

Kita orang solat kat rumah berjemaah sama keluarga.
Suboh kita gi ke masjid Attaqwa, Bt 6, ada kuliah Suboh.

InsyaAllah Raya ni kita sambong lagi..
Wassalam. Mudah mudahan hidup ini sentiasa di pelihara oleh Allah SWT.
Aa min...

Monday, September 22, 2008

MEREBUT LAYLATUL QADR


Hari ini 22 Ramadhan.Bermakna ada 8 hari lagi bagi mencapai taqwa.Fasa pertama "rahmat" sudah berlalu.Fasa ke dua "maghfirah" sudah berlalu, tinggal kini fasal ke tiga "Itqun" minan Nar.

Hari yang penuh cabaran bagi diriku ,entah tercapai atau tidak, aku pun tak tahu.Namun jauh disudut hati ku , biarlah tahun ini gelaran yang diingini oleh semua orang itu dapat kucapai.

Akan ku cuba bukan sahaja membaca alqur'an tetapi untuk memahami alQur'n, dan sekaligus beramal dengan nya.

Yang jelas 27 Ramdhan ni aku dan fammili akan pulang ke kampung.Tahulah , bila kat kampung tu lagi banyak cabarannya.

Azamku kali ini:

1-Aku akan perbaiki Solat ku.
2-Akan ku perbaiki Terawikh ku.
3-akan ku perbaiki Iftarku.
4-Akan ku perbaiki bacanku,
5-Akan ku perbaiki tazkirahku.
6-Akan ku perbaiki amanah ku
7-Akan ku perbaiki amalanku.

Ya Allah , tolonglah hambu Mu mencari sinar Ramadhan dan bertemulah Malam AlQadar yang menjadi impian orang-orang yang bertaqwa.
Amin.

Wednesday, August 13, 2008

SELAMAT BERMUBAHALAH


Firman Allah Surah An Nisa'" 95

Maksudnya:

" Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk[340] satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk[341] dengan pahala yang besar, "


[340]. Maksudnya: yang tidak berperang karena uzur.

[341]. Maksudnya: yang tidak berperang tanpa alasan. Sebagian ahli tafsir mengartikan qaa'idiin di sini sama dengan arti qaa'idiin pada no. [340].

Kita merangcang dan Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah yang maha sempurna.

Aku bertekad untuk tidak ketinggalan dalam muktamar kali ini, sebagaimana pada tahun-tahun yang lalu, tetapi itu lah , Qada' dan qadar Allah mengatasi segalanya. Aku akan balik kampong, bukan apa CIK aku sakit, mudah mudahan, sebagai anak, inilah peluang aku mencari sedikit keredhaan CIK aku,yang insyaAllah akan di Redhai Allah hendaknya.

Aku duduk jauh, tak sempat nak jaga CIK macam CIK jaga aku dulu, masih ku ingat dulu masa kecil CIK lah yang Gendong aku , ketika ke Surau, ke Lubok Nyor dan kemana sahaja yang ditempat yang aku susah nak jalan, maklumlah masa kecil, itu pun seingat aku dan sekolah darjah satu atau dua tu.....Hari ini aku tak dapat nak gendong CIK aku, tetapi kalau dapat jumpa dan duduk disisinya , itu sudah agak baik dikesempatan ini.

Ya Allah, ampunlah dosa ku dan dosa CIk dan emakku.Mudah mudahan kesakitan yang CIK terima ini sebagai Kifarah dosa dan menambahkan lagi pahala buat mu CIK, bersabarlah dan anak mu sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan CIK dan mak.
Amin ya Rabba aa lamin.

Sunday, August 3, 2008


Maksud firman Allah'

Ali Imran:137

137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah[230]; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).



[230]. Yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul.

Saturday, August 2, 2008

ZIARAH DAULAH



Mafhum Firman Allah Surah Saba':18

"Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman[1238].


[1238]. Yang dimaksud dengan negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya ialah negeri yang berada di Syam, karena kesuburannya; dan negeri- negeri yang berdekatan ialah negeri-negeri antara Yaman dan Syam, sehingga orang-orang dapat berjalan dengan aman siang dan malam tanpa terpaksa berhenti di padang pasir dan tanpa mendapat kesulitan.

Alhamdulillah, Jam 9.00 pagi, 2 ogos 08,aku berangkat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, berjumlah 17 orang.Hj Badrul, Hj Hamid dan Saudara Hamidun sebagai "Pilot" telah berjaya membawa kami selamat tiba di Destinasi, Kg Pulau Melaka.

Program ziarah ini di atur oleh sahabat lama , saudara ustaz Adnan, yang menjadi perantaraan antara kami dengan Baldatun Toyyibah , alangkah indahnya negeri ini, dan esok kami bercadang ke Masjid Tok guru se awal suboh bagi menunaikan ibadat bersama Tok guru.
Tak sabar menunggu esok untuk acara yang insyaAllah diberkati Allah.
bersambung....

Monday, July 21, 2008

PHOTO KENANGAN DI MANJONG





DETIK KENANGAN DI MANJONG PADA 19 HINGGA 20 JUL 2008







ZIARAH TINGKATKAN SILATURRAHIM




Firman Allah Swt.

Al Hujurat Ayat : 10,mafhumnya:

انما الموءمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.


Tanggal 19 jul 2008, jam 7.00 petang,bertaut semula perpisahan lama keluarga kami dengan "Bapa angkat" dari Parit Raja .

Tetamu seramai 12 orang itu kami terima dengan penuh kesyukuran.Mereka semua sihat, dan anak -anak mereka pun berjaya dan itulah hasil didikan yang berteraskan ajaran Rasulullah saw.

Kami tidak banyak pilihan, masa terhad, jadi kami banyak membeli yang siap sebagai sajian malam dan pagi , cuma untuk tengah hari Ahah tu sempatlah masak.

bagi anak-anak inilah masa terluanh berehat kat pantai telok Batik, main air dan pasir.

Mudah mudahan pertemuan ini di berkati Allah.

Monday, July 14, 2008

Hukum membaca basmalah dalam fatehah

Faedah Seputar Basmalah
Kategori: Al-Quran

Tafsir Basmalah

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin berkata: “Tafsirnya adalah: Sesungguhnya seorang insan meminta tolong dengan perantara semua Nama Allah. Kami katakan: yang dimaksud adalah setiap nama yang Allah punya. Kami menyimpulkan hal itu dari ungkapan isim (nama) yang berbentuk mufrad (tunggal) dan mudhaf (disandarkan) maka bermakna umum. Seorang yang membaca basmalah bertawassul kepada Allah ta’ala dengan menyebutkan sifat rahmah. Karena sifat rahmah akan membantu insan untuk melakukan amalnya. Dan orang yang membaca basmalah ingin meminta tolong dengan perantara nama-nama Allah untuk memudahkan amal-amalnya.” (Shifatush Shalah, hal. 64).

Kitabullah Diawali Basmalah

Penulisan Al-Qur’an diawali dengan basmalah. Hal itu telah ditegaskan tidak hanya oleh seorang ulama, di antara mereka adalah Al Qurthuby yarhamuhullah di dalam tafsirnya. Beliau menyebutkan bahwa para sahabat radhiyallahu ‘anhum telah sepakat menjadikan basmalah tertulis sebagai ayat permulaan dalam Al-Qur’an, inilah kesepakatan mereka yang menjadi permanen -semoga Allah meridhai mereka- dan Al Hafizh Ibnu Hajar yarhamuhullah pun menyebutkan pernyataan serupa di dalam Fathul Baari (Ad Dalaa’il Wal Isyaaraat ‘ala Kasyfi Syubuhaat, hal. 9).

Teladan Nabi

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila menulis surat memulai dengan bismillaahirrahmaanirrahiim (lihat Shahih Bukhari 4/402 Kitabul Jihad Bab Du’a Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ilal Islam wa Nubuwah wa ‘an laa Yattakhidza Ba’dhuhum Ba’dhan Arbaaban min duunillaah wa Qauluhu ta’ala Maa kaana libasyarin ‘an yu’tiyahullaahu ‘ilman ila akhiril ayah, Fathul Bari 6/109 lihatlah perincian tentang hal ini di dalam Zaadul Ma’aad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad karya Ibnul Qayyim 3/688-696, beliau menceritakan surat menyurat Nabi kepada para raja dan lain sebagainya (Syarh Kitab Kasyfu Syubuhaat Syaikh Shalih Al-Fauzan, hal. 17). Di dalam Kitab Bad’ul Wahyi Imam Bukhari menyebutkan hadits: “Bismillahirrahmaanirrahiim min Muhammadin ‘Abdillah wa Rasuulihi ila Hiraqla ‘Azhiimir Ruum…” (Shahih Bukhari no. 7, Shahih Muslim no. 1773 dari hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhuma, lihat Hushuulul Ma’muul, hal. 9, lihat juga Ad Dalaa’il Wal Isyaaraat ‘ala Kasyfi Syubuhaat, hal. 9).

Hadits Tentang Keutamaan Basmalah

Syaikh Abdullah bin Shalih Al Fauzan berkata: “Adapun hadits-hadits qauliyah tentang masalah basmalah, seperti hadits, ‘Kullu amrin dzii baalin laa yubda’u fiihi bibismillaahi fahuwa abtar.’ hadits-hadits tersebut adalah hadits yang dilemahkan oleh para ulama.” Hadits ini dikeluarkan oleh Al Khathib dalam Al Jami’ (2/69,70), As Subki dalam Thabaqaat Syafi’iyah Al Kubra, muqaddimah hal. 12 dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, tetapi hadits itu adalah hadits dha’ifun jiddan (sangat lemah) karena ia merupakan salah satu riwayat Ahmad bin Muhammad bin Imran yang dikenal dengan panggilan Ibnul Jundi. Al Khathib berkata di dalam Tarikh-nya (5/77): ‘Orang ini dilemahkan riwayat-riwayatnya dan ada celaan pada madzhabnya.’ Maksudnya: karena ia cenderung pada ajaran Syi’ah. Ibnu ‘Iraq berkata di dalam Tanziihusy Syari’ah Al Marfuu’ah (1/33): ‘Dia adalah pengikut Syi’ah. Ibnul Jauzi menuduhnya telah memalsukan hadits.’ Hadits ini pun telah dinyatakan lemah oleh Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah sebagaimana dinukil dalam Futuhaat Rabbaniyah (3/290) silakan periksa Hushuulul Ma’muul, hal. 9). Adapun hadits: ‘Kullu amrin laa yubda’u fiihi bibismillaahiirahmaanirrahiim fahuwa ajdzam’ adalah hadits dha’if, didha’ifkan Syaikh Al Albani dalam Dha’iful Jaami’ 4217 (lihat catatan kaki Tafsir Al-Qur’an Al ‘Azhim tahqiq Hani Al Hajj, 1/24).

Hikmah Memulai dengan Basmalah

Hikmah yang tersimpan dalam mengawali perbuatan dengan bismillahirrahmaanirraahiim adalah demi mencari barakah dengan membacanya. Karena ucapan ini adalah kalimat yang berbarakah, sehingga apabila disebutkan di permulaan kitab atau di awal risalah maka hal itu akan membuahkan barakah baginya. Selain itu di dalamnya juga terdapat permohonan pertolongan kepada Allah ta’ala (lihat Syarh Kitab Kasyfu Syubuhaat Syaikh Shalih Al-Fauzan, hal. 17). Selain itu basmalah termasuk pujian dan dzikir yang paling mulia (lihat Taudhihaat Al Kasdalamyifaat, hal. 48).

Apakah Basmalah Termasuk Al Fatihah ?

Syaikh Al ‘Utsaimin berkata: “Dalam masalah ini terdapat perbedaan pendapat di antara para ulama. Ada di antara mereka yang berpendapat ia adalah termasuk ayat dari Al Fatihah dan dibaca dengan keras dalam shalat jahriyah (dibaca keras oleh imam) dan mereka berpandangan tidak sah orang yang shalat tanpa membaca basmalah karena ia termasuk surat Al Fatihah. Dan ada pula di antara mereka yang berpendapat bahwa ia bukan bagian dari Al Fatihah namun sebuah ayat tersendiri di dalam Kitabullah. Pendapat inilah yang benar. Dalilnya adalah nash serta konteks isi surat tersebut.” Kemudian beliau merinci alasan beliau (lihat Tafsir Juz ‘Amma, hal. 9 cet Darul Kutub ‘Ilmiyah).

Sahkah Shalat Tanpa Membaca Basmalah ?

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar dan Umar mengawali shalat dengan membaca Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin (Muttafaqun ‘alaihi). Muslim menambahkan: Mereka semua tidak membaca bismillaahirrahmaanirrahiim di awal bacaan maupun di akhirnya. Sedangkan dalam riwayat Ahmad, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah Anas berkata: Mereka semua tidak mengeraskan bacaan bismillaahirrahmaanirrahiim. Di dalam riwayat lainnya dalam Shahih Ibnu Khuzaimah dengan kata-kata: Mereka semua membacanya dengan sirr (pelan)

Diantara faidah yang bisa dipetik dari hadits di atas adalah:

1. Tata cara Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para khulafa’ur rasyidin membuka bacaan shalat dengan alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin.
2. Hadits ini menunjukkan bahwa basmalah bukan termasuk bagian awal dari surat Al Fatihah. Oleh sebab itu tidak wajib membacanya beriringan dengan surat ini. Akan tetapi hukum membacanya hanyalah sunnah sebagai pemisah antara surat-surat, meskipun dalam hal ini memang ada perselisihan pendapat ulama.

Para imam yang empat berbeda pendapat tentang hukum membaca basmalah:

1. Imam Abu Hanifah, Syafi’i dan Ahmad berpendapat bacaan itu disyari’atkan di dalam shalat.
2. Imam Malik berpendapat bacaan itu tidak disyari’atkan untuk dibaca dalam shalat wajib, baik dengan pelan maupun keras.

Kemudian Imam yang tiga (Abu Hanifah, Syafi’i dan Ahmad) berselisih tentang hukum membacanya:

1. Imam Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat membacanya adalah sunnah bukan wajib karena basmalah bukan bagian dari Al Fatihah.
2. Imam Syafi’i berpendapat membacanya adalah wajib.
(lihat Taudhihul Ahkaam, 1/413-414 cet. Dar Ibnul Haitsam)

Menjahrkan Basmalah dalam Shalat Jahriyah

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin ditanya: Apakah hukum menjahrkan (mengeraskan bacaan) basmalah? Beliau menjawab: “Pendapat yang lebih kuat adalah mengeraskan bacaan basmalah itu tidak semestinya dilakukan dan yang sunnah adalah melirihkannya karena ia bukan bagian dari surat Al Fatihah. Akan tetapi jika ada orang yang terkadang membacanya dengan keras maka tidak mengapa. Bahkan sebagian ulama ada yang berpendapat bahwa hendaknya memang dikeraskan kadang-kadang sebab adanya riwayat yang menceritakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengeraskannya (HR. Nasa’i di dalam Al Iftitah Bab Qiro’atu bismillahirrahmaanirrahiim (904), Ibnu Hibban 1788, Ibnu Khuzaimah 499, Daruquthni 1/305, Baihaqi 2/46,58) Akan tetapi hadits yang jelas terbukti keabsahannya menerangkan bahwa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa tidak mengeraskannya (berdasarkan hadits Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: Aku pernah shalat menjadi makmum di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, di belakang Abu Bakar, di belakang Umar dan tidak ada seorang pun di antara mereka yang memperdengarkan bacaan bismillahirrahmanirrahiim (HR. Muslim dalam kitab Shalat Bab Hujjatu man Qoola la yajharu bil basmalah (399)) Akan tetapi apabila seandainya ada seseorang yang menjahrkannya dalam rangka melunakkan hati suatu kaum yang berpendapat jahr saya berharap hal itu tidak mengapa.” (Fatawa Arkanil Islam, hal. 316-317)

Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Bassaam mengatakan: “Syaikhul Islam mengatakan: Terus menerus mengeraskan bacaan (basmalah) adalah bid’ah dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan hadits-hadits yang menegaskan cara keras dalam membacanya semuanya adalah palsu.” (Taudhihul Ahkaam, 1/414) Imam Ibnu Katsir mengatakan : “…para ulama sepakat menyatakan sah orang yang mengeraskan bacaan basmalah maupun yang melirihkannya…” (Tafsir Al-Qur’an Al ‘Azhim, 1/22).

***

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi
Artikel www.muslim.or.id

perkongsian ilmu: Wanita haid memegang Mushaf


Hukum wanita haid memegang dan membaca al-Quran

« pada: June 29, 2007, 05:15:57 PM »

Hukum wanita haid memegang dan membaca al-Quran

Para muslimah seringkali keliru tentang hukum memegang dan membaca al-Quran ketika didatangi haid. Menurut seorang penulis daripada artikelnya bertajuk 'Amalan Wanita yang didatangi Haid dalam bulan Ramadhan', beliau memberikan beberapa dalil dan ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang isu ini. Berikut adalah artikel yang ditulis oleh beliau, dan semoga kita mendapat manfaat darinya InsyaAllah.


Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an.


Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79]


Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]


Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.


Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]


Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.


Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:



Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]


Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.


Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.


Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.


Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]


Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]


Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:


1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.


2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.


Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7]


Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:


Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.

Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]


Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.


Kesimpulan:


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.



oleh : Hafiz Firdaus Abdullah, www.al-Firdaus.com

perbicangan tentang wudhu'

Sudah lama saya berhasrat untuk menulis berkenaan tajuk ini. Malangnya keterbatasan ilmu dan masa menyebabkan hasrat itu sering tertangguh. Akhirnya saya terjumpa artikel ini dalam Tranung Kite Online. Bagi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang ditarjihkan di dalam artikel ini. Cuma saya ingin mendengar pendapat sahabat semua. Sudi-sudilah memberi komen.

Bimillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin, wabihi nasta’in.

Muqaddimah: Bersalam atau menyentuh perempuan ajnabi (bukan mahram; keluarga terdekat yang haram dinikahi dan isteri) dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:
لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد، خير له من أن يمس امرأة لا تحل له


Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] Masalah yang akan dibincangkan ialah apabila tersentuh perempuan ajnabi secara tidak sengaja atau menyentuh isteri sendiri, adakah batal wudhu’ atau tidak?

Terdapat beberapa pandangan para ulama’ tentang permasalahan ini. Ibnu Al-Munzir menyebut di dalam kitabnya (Al-Ausat) lima pendapat, tetapi yang masyhurnya adalah tiga:

1) Pendapat pertama: Pertemuan/sentuhan diantara kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (sah dinikahi) atau isteri akan membatalkan wudhu’, sama ada dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak.

Tetapi tidak batal jika berlapik walaupun dengan sesuatu yang nipis. Ini adalah pandangan Ibnu Masud, Ibnu Umar م . mazhab Syafei, mazhab Az-Zuhri, ‘Ata’ bin As-Sa’ib, Al-Auza’ie dan lain-lain . Dalil dan hujah mereka; firman Allah:[أو لامستم النساء]

Maksudnya: “… atau jika kamu menyentuh perempuan”. [An-Nisa’: 43].Mereka berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah: “Al-Lams” iaitu sentuhan.

Hakikatnya sentuhan dari segi bahasa ialah menyentuh dengan tangan. Juga telah disabitkan bahawa Ibnu Umar menafsirkan ayat ini sedemikian. Kata Ibnu Umar:

Maksudnya: “Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya, menyentuhnya dengan tangan adalah dikira “mulamasah”, oleh itu sesiapa yang mengucup atau menyentuh isterinya dengan tangan maka hendaklah dia mengambil wudhu.” [Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta’].

Maka Imam Syafei menyatakan jika sesiapa yang menyentuh dengan tangannya perempuan yang sah dinikahinya, maka terbatal wudhu’ dengan sebab itu. [Al-Umm: 1/63].

Manakala tentang hadis-hadis yang digunakan oleh pendapat kedua dan ketiga (ada di bawah ini), mazhab Syafei menafsirkan samada sentuhan itu berlaku dengan berlapik ataupun khusus untuk Rasulullah saw sahaja.

2) Pendapat kedua: Tidak terbatal wudhu’ dengan menyentuh perempuan, sama ada dengan syahwat atau tidak. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh seperti pendapat kumpulan pertama tadi. Ini juga pendapat yang diriwayatkan daripada Thawus, Al-Hasan, ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Sufyan Ath-Thauri.

Mazhab Hanafi serta satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat walaupun menyentuh dengan syahwat tidak terbatal wudhu’, kecuali dengan berjimak.

Dalilnya:

1) Ummul Mukminin Aisyah ra. berkata: Maksudnya: “Pada suatu ketika saya tidur di hadapan Rasulullah saw yang sedang bersolat dan dua kaki saya di arah kiblatnya. Apabila Baginda bersujud (tangannya) mengenai (kaki) saya, lalu saya menarik kaki saya, (sedangkan Nabi meneruskan solatnya). Apabila Baginda bangun saya pun menghulurkan semula kaki saya. Kata Sayyidatina Aishah ra. lagi: “Dan rumah-rumah pada masa itu tidak berlampu”. [HR Al-Bukhari : 382] .

2) Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan menyentuh kulit lelaki, tidak batal wudhu’nya, sebagaimana riwayat daripada Aisyah ra. Maksudnya: “Pada suatu malam, Rasulullah saw berenggang daripada saya, maka saya pun mencari beliau dengan tangan saya, tiba-tiba tangan saya tersentuh dua telapak kaki Baginda ketika Baginda sedang sujud”. [HR Muslim: 486].


3) Aisyah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw sedang bersolat manakala aku tidur di arah kiblatnya seperti jenazah. Apabila Baginda ingin bersolat witir, disentuhnya aku dengan kakinya.” [HR Ahmad: 6/260, An-Nasa’ei: 166. Sahih.]


4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw mengucup salah seorang isteri Baginda, kemudian keluar menunaikan solat, sedangkan Baginda tidak pula mengambil wudhu”. [H.R Ahmad No. 25766, Abu Daud: 179. Sebahagian ulama’ (Al-Albani) mengatakan hadis ini sahih, tetapi ramai juga yang mengatakan hadis ini dhaif].

Para ulama’ di kala menghuraikan hadis ini mengatakan: “Ini juga merupakan satu dalil bahawa menyentuh perempuan itu tidaklah membatalkan wudhu’; kerana sesungguhnya perbuatan mengucup itu adalah termasuk menyentuh, sedangkan Nabi saw tidak pula memperbaharui wudhu’nya sebagai akibat perbuatannya itu. Ini adalah fahaman yang dipegang oleh Ibnu Abbas ra..”.

Kekuatan dalil mereka ini adalah kerana pada asasnya bersentuh adalah tidak batal wudhu’, dan tidak terdapat pula dalil-dalil yang sahih dan jelas bagi mereka yang mendakwa terdapat perbezaan di antara sentuhan dengan syahwat dan sentuhan tanpa syahwat.


3) Pendapat ketiga: Bersyarat, iaitu terbatal wudhu’ jika menyentuh dengan syahwat, tetapi jika tanpa syahwat, tidak akan terbatal wudhu’. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha’) penduduk MadinahPendapat ini juga berdasarkan hadis-hadis Ummul Mukminin Aisyah ra. di atas tadi. Nyata bagi mereka setakat menyentuh saja (tanpa syahwat) tidaklah membatalkan wudhu’.

Perkataan “Ghamazni” dan “Massani birijli” itu adalah dimaklumi bahawa persentuhan sedemikian adalah tanpa keinginan syahwat. Kerana itulah sumber ini digunakan sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak membatalkan wudhu’. Pengarang kitab “Al-Mughni” (1/256) mengatakan: “Sesungguhnya dengan hanya menyentuh semata-mata belumlah menghadaskan seseorang, kerana yang menjadikan seseorang itu berhadas ialah dengan keluarnya air mazi atau air mani, iaitu apabila berlakunya keinginan syahwat”.

Kesimpulan: Perbandingan antara mazhab ini menunjukkan bahawa hanya mazhab Syafei sahaja yang agak berat dalam masalah ini, di mana hanya bersentuhan sahaja (samada sengaja atau tidak) telah membatalkan wudhu’. Sedangkan Imam-imam mazhab lain lebih ringan dan terbuka.

Mazhab Hanafi berpendapat maksud bersentuh itu dengan bersetubuh. Manakala Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan sentuhan yang membatalkan wudhu’ ialah yang menimbulkan keinginan syahwat.

Maka pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat jumhur yang mengatakan tidak batal wudhu’ dengan sebab menyentuh perempuan sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra (Turjuman Al-Quran dan Habrul Ummah) dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Au Laamastum”, “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir].

Adapun dakwaan bahawa sentuhan di antara Rasulullah saw dan Aisyah adalah dengan berlapik atau hanya khusus untuk Rasulullah sahaja, ramai ulama’ mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai dalil yang jelas atau bukti yang menunjukkan sentuhan itu adalah berlapik. Kata ulama’: “Satu hukum yang amat perlu diketahui oleh umat pasti dijelaskan oleh Rasulullah saw walaupun secara umum kemudian dinukil oleh jenerasi umat ini…

Dengan ini diketahui bahawa tidak wajib mengambil wudhu’ kerana bersentuh dengan perempuan… kerana seseorang itu sentiasa tersentuh isterinya dengan syahwat atau tidak, kemudian tidak ada pula riwayat yang menjelaskan bahawa Rasulullah saw mengarahkan agar mengambil wudhu’ kerananya. Al-Quran pula tidak menunjukkan maksud sedemikian, bahkan apa yang dikehendaki dengan mulamasah ialah jima’”. [At-Tarjih 73-74]Namun bagi mereka yang menyentuh dengan syahwat, adalah lebih baik baginya untuk memperbaharui semula wudhu’nya, sebagaimana yang disarankan oleh sebahagian ulama’..


Wallahua’lam.Akhukum:

Abu Anas Madani.
Sungai Durian,
19 Jun 2007.
http://www.abuanasmadani.com/

Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam An-Nawawi. 2/26-38.2. Fiqh At-Toharah, Al-Qardawi, 179-183.3. Syarh Bulughul Maram, Dr Salman Al-Audah, 2/821-827.4. Taudhih Al-Ahkam, Al-Bassam, 1/231-232.5. At-Tarjih fi masail At-Toharah wa As-Solah, Dr. Mohd Umar Bazamul.

Posted by Abu Urwah Dan Ummu Hana' at 10:13 PM

3 comments:

Faizal Hasnul Bin Yahaya said...

assalamualaikum..
memang pendapat ulama kita sendiri tidak dapat nak membatalkan kerana ijtihad tidak akan membatalkan ijtihad.. bg saya pendapat ulama yang byk ada kesan positif yg baik.. kerana setiap ijtihad ulama akan digunakan pakai mengikut bi-ah dan zuruf sesuatu tempat dan masa...

pada pendapat saya, di malaysia sendiri, saya lebih suka (jika saya mengetuai majlis fatwa kebangsaan) dan meletakkan pendapat pertama iaitu, batal wudu' samada syahwat @ tidak.. seperti mana saya cakap tadi, suasana dan peredaran zaman sekarang banyak beredar disekeliling kita.. maksud saya, jika kita gunakan pendapat tidak batal wudu', orang ramai akan ambil mudah dalam pegang memengan perempuan yang halal dinikahinya dengan alasan tidak batal wudu'... sedangkan hukum itu tertakluk kepada wudu' saja, tapi diambil pakai dalam berpegangan tangan..

cuma pendapat lain yang saya suka amik pakai, menyentuh isteri tidak membatalkan wudu' kerana; sememangnya ia wanita yg halal dikahwini tapi dia sudah kita kahwini. cuma jika disentuh dengan syahwat ia membatalkan kerana kebiasaan menyentuh dengan syahwat akan mengeluarkan mazi @ mani..

wallahu a'lam
August 1, 2007 3:35 AM
Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Satu pandangan yang bagus dari bakal pengerusi majlis fatwa kebangsaan :).Kita dengar pandangan sahabat2 yang lain?
August 1, 2007 4:13 AM
misyaki20@hotmail.com said...

Masalah ini sebenarnya menjurus kepada persoalan hukum sentuh perempuan dgn lelaki. Tetapi ramai yang berbicara ttg persoalan hukum sentuh lelaki dan perempuan samada batal atau tidak? Batal atau tidak wuduk ni subjek masa tahun satu kalau di Mesir.Sudah ma'aruf.

semasa baiah ridwan, rasulullah berjabat tgn dgn sahabat lelaki tetapi hanya sekadar mencelup air dalam bekas sebagai lambang taat setia kepada Bai'ah Ridwan tersebut. Itu sudah boleh dijadikan hujjah.

Sekian.
August 9, 2007 3:49 AM

Sunday, July 13, 2008

MEMEGANG AL-QUR’AN DALAM SOLAT


MEMEGANG AL-QUR’AN DALAM SOLAT



Soalan :

Kami lihat ramai orang yang sembahyang terawikh dan membaca al-Qur’an sambil memegang mashaf al-Quran di tangan mereka. Kemudian mereka meletakkannya di dalam baju mereka atau di atas kerusi dan kemudiannya diambil sekali lagi. Apakah pandangan agama tentang perkara ini ?

Jawapan :

Memang diketahui bahawa membaca sedikit daripada al-Qur’an selepas al-Fatihah adalah sunat pada dua rakaat yang pertama dalam sembahyang, sama ada sembahyang berimam atau bersendirian. Jikalau ditinggalkan membacanya, sembahyang itu sah, tetapi kurang pahalanya.

Sekiranya orang yang bersembahyang itu hendak membacanya, eloklah membaca apa yang dihafalnya walaupun diulang pada setiap rakaat dan sembahyang. Namun, apabila hendak membaca ayat yang tidak dihafal, tentu memerlukan kepada mashaf al-Qur’an, jadi adakah harus berbuat demikian?

Diriwayatkan oleh Imam Malik bahawa Zakuan, hamba kepada Saiyidah ‘Aisyah telah menjadi imam pada bulan Ramadhan dan membaca dengan melihat al-Quran. Ini tidak mengapa menurut pendapat mazhab Syafie’, bersyaratkan tidak melakukan pergerakan yang membatalkan sembahyang seperti meletakkan al-Qur’an, kemudian memegang dan membuka untuk membacanya.

Jikalau dilakukan dengan tiga pergerakkan berturut-turut tanpa berhenti, maka sembahyang itu batal. Kadang-kadang meletak al-Qur’an di atas sesuatu yang tinggi di hadapan imam untuk membacanya dapat mengurangkan pergerakkan dan tidak perlu menyelak muka surat al-Qur’an dengan terlalu banyak. Ini kerana kurang menyelak muka surat tidak membatalkan sembahyang. Al-Nawawi telah menyatakan dalam al-Majmu’ “…dan jikalau menyelak muka surat al-Qur’an sekali sekala tidak membatalkan sembahyang.”

Al-Fatawa wa al-Ahkam, Syeikh ‘Atiah Saqar, Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar, Mesir

Saturday, July 12, 2008

TAUHID RUBUBIYYAH YANG DILUPAKAN

KULIAH TAFAQQUH FI DIN DI MADAH OLEH AL FADIL USTAZ MD TORMIZI
MEMBINCANGKAN DALAM PERBINCANGAN TENTANG HUKUM MEMBUAT PATUNG YANG BERNYAWA ADALAH SYIRIK , MELAINKAN UNTUK PERMAINAN KANAK-KANAK, DAN BUKAN PERHIASAN( DISIMPAN BALIK SELEPAS BERMAIN)

Di sini satu artikel berkaitan bagi menyokong tentang syiriknya patung yang bernyawa dan kesan kepada Aqidah umat islam.
Jazakallah kepada penulis artikel ini.


Hukum Gambar dan Patung


Syaikh Muhammad Bin Jamil Zainu

Islam tegak untuk menyeru seluruh manusia agar beribadah kepada Allah semata dan meninggalkan peribadahan kepada selain Allah, baik berupa para wali atau orang-orang shalih, yang biasanya diabadikan dalam bentuk patung-patung, arca-arca, gambar-gambar, kuburan-kuburan, kubah-kubah atau yang lainnya yang akan mengantarkan kepada kesyirikan. Seruan Islam ini ada sejak dahulu, sejak Allah mengutus para Rasul untuk memberikan petunjuk kepada manusia. Allah berfirman (yang artinya):"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah saja dan jauhilah thaghut itu." (An-Nahl:36)

Thaghut adalah segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dalam keadaan ridha. Sungguh telah ada penyebutan patung-patung ini di dalam surat Nuuh. Dan dalil terkuat yang menunjukkan bahwa patung-patung ini adalah penggambaran untuk mewakili orang-orang shalih adalah hadits yang disebutkan oleh Al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas ketika menafsirkan firman Allah Ta’ala (yang artinya):"Dan mereka berkata: "Janganlah sekali-kali kalian meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kalian dan jangan pula sekali-kali kalian meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwaa’, Yaghuuts, Ya’uuq dan Nasr." Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia)." (Nuuh:23-24)

Beliau (Ibnu ‘Abbas) mengatakan: "Ini adalah nama-nama orang-orang shalih dari kaum Nuh. Ketika mereka meninggal, syaithan membisikkan pada kaum mereka agar mendirikan patung-patung di majelis-majelis yang biasa digunakan oleh orang-orang shalih tersebut dan agar menamakan patung-patung tersebut dengan nama-nama mereka. Maka kaum itu pun melakukannya dan ketika itu patung-patung tersebut belum disembah, sampai ketika generasi itu telah tiada dan ilmu telah dihapus, patung-patung itu pun disembah." Kisah ini menunjukkan bahwa sebab peribadahan kepada selain Allah adalah patung-patung yang digambarkan sebagai perlambang para pemimpin.

Patung dan Gambar Menyebabkan Kesyirikan
Mayoritas orang beranggapan bahwa patung-patung tersebut terlebih lagi gambar-gambar telah menjadi perkara yang halal karena tidak adanya orang yang menyembah/mengibadahi gambar-gambar dan patung-patung tersebut pada saat sekarang ini. Anggapan mereka ini tertolak dari beberapa sisi:

1. Bahwasanya peribadahan terhadap patung-patung dan gambar-gambar senantiasa ada pada zaman ini. Kita lihat patung Nabi ‘Isa dan Ibunya, Maryam, diibadahi di gereja-gereja, sampai-sampai mereka ruku’ (membungkuk) kepada salib!! Bahkan ada semacam papan hias bergambar ‘Isa dan Maryam yang dijual dengan harga yang sangat mahal dan digantungkan di rumah-rumah agar bisa diibadahi dan diagungkan.
2. Patung-patung para pemimpin di negara-negara yang maju secara material namun terbelakang secara spiritual, orang-orang membuka tutup kepala mereka untuk patung-patung tersebut dan membungkukkan badan ketika melewatinya. Di antara contohnya, seperti patung George Washington di Amerika Serikat, Napoleon di Perancis, Lenin dan Stalin di Rusia, serta patung-patung lain yang diletakkan di jalan-jalan, di mana orang-orang ruku’/membungkuk ketika melewatinya. Gagasan tentang patung ini menjalar ke sebagian negara-negara Arab. Mereka membebek orang-orang kafir dengan membangun patung-patung di jalan-jalan mereka. Dan patung-patung ini terus-menerus dibuat dan dipasang di negara-negara Arab dan negara-negara Islam lainnya. Wallaahul Musta’aan.Maka wajib mengalihkan dana pembuatan patung ini untuk membangun masjid-masjid, sekolah, rumah sakit dan lembaga-lembaga sosial sehingga manfaatnya lebih terasa dan tidak menjadi masalah bila menamakan bangunan-bangunan tersebut dengan nama para pemimpin itu.
3. Sesungguhnya patung-patung ini nantinya setelah berlalu masa yang panjang, manusia akan membungkukkan kepala, mengagungkannya dan menyembahnya. Sebagaimana yang terjadi di Eropa, Turki dan negera-negera yang lainnya. Dan kaum Nuh telah mendahului mereka dalam perkara itu dengan mendirikan patung-patung para pemimpin mereka, kemudian mengagungkan dan menyembahnya. Waspadalah wahai kaum muslimin dari hal-hal yang akan mengantarkan kepada kesyirikan!!
4. Sungguh Rasulullah telah memerintahkan ‘Ali bin Abi Thalib dengan sabdanya (yang artinya): "Jangan engkau biarkan sebuah patung pun kecuali engkau hancurkan dan jangan pula engkau biarkan kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah)." (HR. Muslim). Dan dalam suatu riwayat: "Dan jangan engkau biarkan sebuah gambar pun kecuali engkau hapus." (HR. Muslim)


Bahaya Gambar dan Patung
Islam tidaklah mengharamkan sesuatu kecuali padanya ada bahaya yang mengancam agama, akhlak dan harta manusia. Orang Islam yang sejati adalah orang yang tanpa berfikir panjang langsung menerima perintah Allah dan Rasul-Nya meskipun belum mengerti sebab atau alasan perintah tersebut. Islam melarang patung dan gambar karena banyak mendatangkan bahaya di antaranya:

1. Merusak ‘aqidah dan peribadahan. Contohnya: orang Kristen menyembah patung ‘Isa dan Bunda Maria serta salib. Orang Eropa dan Rusia menyembah patung pemimpin mereka, menghormati dan mengagungkannya. Orang-orang Islam telah meniru orang Eropa dalam membuat patung pemimpin mereka baik di negeri Islam Arab maupun bukan Arab. Para ahli thariqat dan tasawwuf (kaum shufi) membuat pula gambar guru-guru mereka yang diletakkan di muka mereka pada waktu shalat dengan maksud supaya lebih semangat dalam beribadah ketika melihat gambar-gambar tersebut. Ini adalah perbuatan bid’ah dan mengantarkan kepada kesyirikan. Bahkan kalau sampai meminta bantuan kepada patung atau gambar tersebut untuk mengkhusyu’kan shalatnya atau berdo’a kepadanya dan lain-lainnya maka ini adalah kesyirikan yang nyata. (Lihat sejarah kaum Nabi Nuh)
2. Merusak akhlak generasi muda. Kita saksikan di jalan-jalan utama terpampang gambar-gambar telanjang yang memang sangat digandrungi oleh mereka sehingga dengan sembunyi atau terang-terangan mereka berbuat keji yang merusakkan akhlak mereka. Mereka sudah tidak lagi mau memikirkan agama, negara, jiwa kesucian, kehormatan dan jihad pun sudah luntur dari diri mereka. Demikianlah gambar-gambar itu menghias poster-poster, majalah, surat kabar dan buku iklan bahkan di pakaian pun terdapat gambar porno, belum lagi apa yang disebut blue-film.
3. Membelanjakan harta di dalam kebathilan. Patung-patung tersebut dibuat dengan biaya mahal sampai jutaan rupiah, dan banyak orang yang membelinya untuk digantung di dinding rumah, demikian pula lukisan-lukisan orang tua yang sudah meninggal dibuat dengan biaya yang tidak sedikit, yang tentunya tidak bermanfaat sedikit pun bagi keluarganya yang sudah meninggal tersebut. Tetapi apabila dishadaqahkan dengan niat agar pahalanya sampai kepada yang meninggal dunia tentu akan bermanfaat baginya.

Gambar dan Patung Keduanya Haram
Sebagian orang menyangka bahwa hukum haram itu untuk patung saja seperti yang terdapat pada zaman jahiliyyah, tidak mencakup hukum gambar. Pendapat ini asing sekali karena seolah-olah ia belum pernah membaca nash-nash yang mengharamkan gambar, seperti di bawah ini:

1. Dari ‘A’isyah bahwasannya ia membeli bantal kecil yang ada gambar-gambarnya. Ketika Rasulullah melihatnya beliau berdiri di pintu tidak mau masuk. Maka ‘A’isyah mengetahui ada tanda kebencian di muka Rasulullah. Lalu ia pun berkata: "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apakah yang telah kuperbuat?" Rasulullah menjawab: "Bagaimana halnya bantal itu?" ‘A’isyah menjawab: "Saya membelinya agar engkau duduk dan bersandar di atasnya." Kata Rasulullah (artinya): "Sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar-gambar ini akan disiksa pada hari kiamat dan akan dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kalian buat itu!" Kemudian beliau bersabda (artinya): "Sesungguhnya rumah yang ada gambar-gambar (yang bernyawa -pent) di dalamnya tidak akan dimasuki malaikat." (Muttafaqun ‘alaih)
2. Sabda Rasulullah pula (yang artinya): "Manusia yang paling pedih siksanya di hari kiamat ialah yang meniru ciptaan Allah. Sedangkan para pelukis dan penggambar adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah." (Muttafaqun ‘alaih)
3. "Bahwasannya Nabi ketika melihat gambar-gambar di rumah, beliau tidak mau masuk sebelum gambar itu dihapus." (HR. Al-Bukhariy)

Gambar dan Patung yang Diperbolehkan

1. Diperbolehkan gambar dan patung pohon, bintang, matahari, bulan, gunung-gunung, batu, laut, sungai, pemandangan yang indah atau tempat-tempat suci seperti Ka’bah, Madinah dan Masjidil Aqsha serta masjid-masjid yang lain, bila kesemuanya itu kosong dari gambar manusia atau hewan dan segala sesuatu yang mempunyai ruh. Dalil dalam masalah ini adalah ucapan Ibnu ‘Abbas: "Bila engkau harus menggambar atau membuat patung maka buatlah (gambar) pohon dan apa-apa yang tidak mempunyai ruh." (HR. Al-Bukhariy)
2. Gambar dan foto pada kartu identitas atau pasport, SIM dan perkara-perkara darurat lainnya. Hal ini diperbolehkan karena merupakan masalah darurat (suatu keharusan/keterpaksaan/sesuatu yang tidak dapat dihindari).
3. Pemotretan gambar pelaku kriminal seperti pembunuh, pencuri dan lainnya untuk membantu penangkapannya agar dapat ditegakkan hukum qishash atas mereka. Demikian pula diperbolehkan untuk kepentingan ilmiyyah seperti kedokteran dan lainnya.
4. Diperbolehkan bagi anak-anak perempuan untuk bermain dengan boneka dari kain perca yang berbentuk bayi kecil, sehingga anak-anak itu bisa memakaikan baju padanya, memandikan atau menidurkannya. Hal ini dapat menjadikan anak-anak ini belajar mendidik dan memelihara anak-anak setelah nantinya mereka menjadi ibu. Sedangkan dalil dalam permasalahan ini adalah ucapan ‘A’isyah: "Aku bermain-main boneka di sisi Nabi."(HR. Al-Bukhariy). Tetapi, tidak diperkenankan membeli boneka-boneka asing/luar negeri bagi anak-anak terlebih lagi boneka-boneka perempuan yang nampak wajahnya dan terlihat tubuhnya (terbuka auratnya) karena anak-anak perempuan akan menirunya sehingga nanti akan merusak masyarakat dengan cara berpakaian yang seperti itu. Selain itu dengan membeli boneka-boneka import ini hanya akan mengalirkan uang ke negeri-negeri asing dan Yahudi.
5. Diperbolehkan gambar yang dipotong kepalanya sehingga tidak menggambarkan makhluk bernyawa lagi tetapi seperti benda mati. Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah mengenai gambar: "Perintahkanlah orang untuk memotong kepala gambar itu."

Wallaahu A’lam.
Diringkas dengan beberapa perubahan dari kitab "Kaifa Nurabbii Aulaadanaa"
dan kitab "Taujiihaat Islaamiyyah li Ishlaahil Fard wal Mujtama’"
Sumber: Buletin Dakwah Al Wala’ wal Bara’
Edisi ke-37 Tahun ke-2 / 06 Agustus 2004 M / 19 Jumadits Tsani 1425 H

NEGARA KU


Takut Menggantikan Aman

Salam Perubahan,

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tadi,saya membeli senaskhah akhbar METRO untuk tatapan mengisi masa yang terluang menunggu waktu berlepas. Tengah menyelak helai demi helai akhbar tersebut mata terpaku pada berita ‘USTAZAH DITANGKAP KHALWAT’. Darah menyirap ke kepala, hati tersentak, betulkah apa yang sedang ditatap.

Fakta penting ; ustazah ni bakal dinaikkan pangkat sebagai pengetua sebuah sekolah. Pasangannya pula adalah seorang pegawai kanan pusat latihan terkenal. Saya mengurut dada dan tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan Negara ini. Muka hadapan METRO 10 Julai pula menyiarkan berita ‘ISTERI BAWA MAYAT SUAMI KE BALAI POLIS’. Kisahnya, suami ditembak mati dalam kereta di hadapan orang ramai. Negara ini dah nak jadi Negara MAFIA gamaknya. Na’uzubilLah.

Inilah diantara bala Allah SWT yang berlaku akibat keengkaran dan kedegilan manusia untuk kembali kepada syariat Allah SWT. Ustazah yang sememangnya dimaklumi dari lulusan agama melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Tragedi pembunuhan berlaku sewenang-wenangnya. Inilah nikmat keamanan yang dicabut Allah daripada umat ini lalu diganti dengan ketakutan dan kerisauan. Kalau masa dulu tempat yang paling selamat bagi anak dara adalah di rumah mereka, namun hari ini tempat yang paling tidak selamat adalah di rumah mereka sendiri. Berita dalam akhbar hari ini (10 Julai), seorang remaja perempuan dirogol ayah dan abang kandungnya sendiri.

Demikian Allah membala dan mengazab umat ini. Dan azab ini dirasakan Allah sebelum kita berangkat ke akhirat lagi. Semuanya akibat perbuatan tangan kita sendiri. Supaya kita rasakan pedihnya.

Kita semua bertanggungjawab menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Bebanan dakwah terpikul di atas bahu kita. Walau kita berpolitik dan menyertai parti politik sekalipun, kita tidak boleh lari dari asas ini. Kita berpolitik adalah untuk mencapai cita-cita dakwah untuk mendidik diri dan rakyat supaya taat kepada Allah. Benarlah bahawa kuasa politik sangat perlu di zaman ini untuk laksanakan perintah Allah. Ulama’ mesti diangkat sebagai pemimpin. Ulama’ mesti berperanan. Ulama’ mesti didokong. Ini adalah kerana merekalah yang paling takut pada Allah SWT.

Posted by Pak Sheikh Yussaine at 2:03 AM 0 comments

SEHARI SATU HADIS


Hadith 1

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululullah s.a.w. bersabda: Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkanseribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga hitam gelap bagaikan malam yang gelap kelam.

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering airmatanya, dan ketika ditanya jawabnya, :"Andaikata ALLAH mengancam akan memenjarakan aku bila berdosa dalam kamar mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya airmata ku tidak berhenti maka bagaimana kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka selama tiga ribu tahun."

SUmber: Tanbihul Ghafilin





________________________________________
Hadith 2

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ


Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu'az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): " Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya."

Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah.

Friday, July 11, 2008

PEMIKIRAN SU AKHBAR TOK GURU


Dengarlah rungutan rakyat akibat kos sara hidup yang menekan
Roslan SMS
Thu | Jul 03, 08 | 10:24:11 pm MYT

Sehingga ke hari ini rakyat terus memperkatakan darihal isu kenaikan kos hidup yang teruk melanda mereka rentetan dari kenaikan harga minyak petrol dan komoditi tempoh hari.

Sesungguhnya kehidupan rakyat disemua peringkat dari petani dan nelayan sehinggalah buruh, pekerja kilang, kerani, eksekutif, kakitangan dan pegawai kerajaan, kesemuanya terjejas hasil dari krisis ini.

Dalam ucapannya semasa membenatangkan "Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia ke Sembilan" Perdana Menteri membayangkan serisunya suasana ini sehingga menyebut bahawa kesan dari kenaikan ini dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran, kerajaan menghadapi masalah melindungi rakyatnya.

Bagi mereka yang memiliki kudrat dan masa lapang mungkin pekerjaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan boleh diusahakan bagi menampung kelompongan akibat kenaikan kos hidup ini.

Itupun mungkin terpaksa mengorbankan apa sahaja masa yang sepatutnya terluang untuk kaum keluarga yang dikasihi.

Bagaimana agaknya warga emas, terutama mereka yang bergantung hidup atas pencen yang dibayar oleh pihak kerajaan.

Kita sebenarnya sibuk memikirkan masalah yang menimpa kita sehingga terkadang terlupa akan golongan ini.

Para pesara kerajaan yang telah berkhidmat untuk bangsa dan negara seakan terpinggir dalam negara memikirkan bagaimana mahu mengatasi kemelut yang besar lagi meruncing ini.

Jika kita yang masih gagah dan segar-bugar ini merasa tertekan akibat kenaikan kos hidup yang "menggila" ini, bagaimana agaknya mereka yang tidak ada sumber lain melainkan bergantung kepada bayaran pencen kerajaan itu.

Amalan di Malaysia adalah para pesara yang cukup tempuh akan menerima pencen bulanan kira-kira 50peratus dari gaji pokok terakhir yang diterima.

Ini bermakna sekiranya gaji pokok terakhir seseorang itu adalah RM800.00 ia akan hidup dengan pendapatan RM400 sepanjang usianya bersama isteri meniti sisa-sisa hidup masing-masing.

Naiklah harga minyak dan barangan berpuluh-puluh peratus sekalipun, sipesara tadi akan tetap hidup dalam keadaan demikian.

Akhirnya selain dari rakyat miskin yang sedia ada, para pesara kita juga nanti akan terjerumus menjadi jumlah tambahan kepada angka itu mungkin ada sebahagiannya masuk ke dalam kategori miskin tegar.

Keprihatinan pihak kerajaan dalam hal ini sangat penting, memandangkan situasi yang menimpa golongan ini.

Pilihannya kita samada membela mereka atau membiarkan mereka melarat dan sengsara.

Di sebahagian negara-negara dirantau ini kadar pencen yang dibayar jauh melebihi apa yang kita bayar, mungkin mengambil kira faktor kenaikan kos hidup dan seumpamanya.

Di Singapura dan Sri Lanka contohnya, kakitangan kerajaan yang bersara dibayar pencen 100peratus dari gaji pokok terakhir mereka, manakala di China, Korea Selatan dan Jepun mereka dibayar pada kadar 80 peratus.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK9 yang dibetangkan oleh Perdana Menteri menyarankan agar pihak kerajaan menimbang semula kadar pencen ini dengan mengambil kira situasi semasa.

Jika tidak pun kadar itu dinaikkan dari 90 ke 100 peratus sekurang-kurangnya kenaikkan 60 ke 75 peratus pasti meringankan beban mereka yang berada pada kategori ini.

Ianya mungkin memerlukan belanja tambahan, tetapi dengan penangguhan beberapa projek mega yang diumumkan oleh pihak kerajaan itu dan beberapa langkah penjimatan drastik, sekurang-kurangnya penjimatan itu bolehlah disalurkan ke arah golongan yang sangat memerlukan ini.

(Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS)_

BICARA CENDIKIAWAN


Elak rakyat bawa keranda...
Ahmad Lutfi Othman
Fri | Jul 11, 08 | 7:52:47 am MYT

Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff ternyata tokoh terbaik untuk mengulas pemerintahan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat. Rumusannya seimbang dan menyeluruh. Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia ini memberikan tumpuan terhadap kerajaan negeri Selangor, selain mengemukakan cadangan praktikal untuk melakukan penambahbaikan. Ikuti wawancara sidang wartawan Harakah dengannya baru-baru ini.

HARAKAH: Rata-rata kini orang bercakap penilaian terhadap 100 hari empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pentingkah penilaian dalam tempoh yang singkat ini?

AGUS: Menilai kerajaan yang baru dibentuk dalam masa seratus hari adalah mustahak, bukan untuk menilai keberkesanan pemerintahan, tetapi untuk melihat tentang perancangannya setelah baru dipilih rakyat. Jika setelah seratus hari memerintah masih belum ada blue print dan dasar yang jelas untuk mentadbir negeri, maka ada dua kemungkinan awal yang boleh ditanggap: sama ada kerajaan yang dibentuk itu tidak stabil untuk merancang atau lemah untuk merancang.

Apa signifikannya penilaian 100 hari terhadap survival kerajaan baru yang memerintah?

ImageTempoh ini tentunya signifikan dalam lima perkara utama: Pertama, ia penting untuk membolehkan kerajaan Pakatan merapatkan persefahaman dan kerjasama bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Kedua, ia penting untuk memberi ruang secukupnya kepada parti dalam Pakatan bertolak ansur membahagikan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dikuasainya supaya memuaskan hati semua pihak.

Ketiga, ia penting untuk melihat sejauh manakah dasar-dasar pemerintahan dapat dipersetujui bersama antara kesemua parti yang bergabung dalam Pakatan. Ini kerana sekiranya dasar pemerintahan tidak dapat dipersetujui bersama, maka kerajaan yang baru dibentuk itu boleh tumbang.

Keempat, ia penting untuk melihat penerimaan dan reaksi rakyat kepada barisan kepimpinan dan juga dasar kerajaan yang baru diperkenalkan.

Kelima, ia penting untuk membolehkan kerajaan yang baru dibentuk meyakinkan rakyat bahawa mereka dapat berkhidmat dengan baik dan memperkenalkan polisi-polisi yang menguntungkan rakyat.

Harus dingat juga bahawa tempoh 100 hari ini bukan untuk menilai keberkesanan dasar kerajaan baru, tetapi untuk melihat bentuk perancangan kerajaan baru dan dasar baru yang diperkenalkan.

Biasanya kerajaan yang baru dibentuk ini bersemangat tinggi dan selalunya dapat memberikan kesan yang positif kepada dan popular kepada rakyat. Tetapi selepas setahun dua memerintah, rakyat sudah boleh membuat penilaian dan ketika ini penerimaan rakyat mungkin sudah berbeza.

Namun ada yang bertanya balik, adilkah kita menilai dalam tempoh yang begitu singkat sedangkan BN, sebelumnya Perikatan, sudah memerintah lebih 50 tahun?

Soal adil tidak timbul kerana kita bukannya membandingkan kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri yang baru memerintah dengan kerajaan BN yang telah 50 tahun memerintah.

Seperti saya katakan di atas, tempoh ini bukannya waktu untuk kita menilai kehebatan atau kelemahan kerajaan baru, tetapi hendak mengetahui apakah yang telah dibuat dalam masa 100 hari tersebut dan apakah lagi yang hendak dibuat seterusnya dalam tempoh lima tahun berbaki yang masih ada.

Kerajaan yang berwawasan, tidak kira lama atau baru pastinya mempunyai agenda pembangunan untuk rakyat. Maka dalam tempoh inilah, rakyat mahu melihat perancangannya, bukan menilai keberkesanannya. Jadi dalam soal ini, soal adil atau tidak bukan isu yang perlu dipolemikkan.

Sejauhmanakah Pakatan Rakyat dapat menunaikan janji manifesto mereka dalam masa 100 hari ini?

Masa 100 hari belum membolehkan seseorang menilai keupayaan Pakatan secara menyeluruh dalam melaksanakan janjinya. Tapi yang jelas sudah ada keluhan rakyat tentang ketidapupayaan Pakatan untuk melaksanakan perkara asas yang dijanjikan dalam manifesto yang lepas.

Sekadar khabar angin yang saya dengar dan berita yang saya baca, Pakatan hanya memberikan bayaran RM1000 kepada pelajar miskin yang memasuki institusi pengajian tinggi sedangkan janji ini seperti yang terdapat dalam manifesto pilihan raya adalah untuk semua rakyat Selangor yang berjaya memasuki IPT.

Begitu juga dengan cukai pintu yang masih belum diturunkan dan bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang rakyat masih belum merasai lagi biarpun rakyat diberitahu akan dikecualikan dalam bil bulan depan. Kita tunggulah bagaimana pelaksanaannya.

Harapnya dalam soal ini Pakatan tidak sekadar berjanji sahaja kerana rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan Pakatan ini untuk membantu meringankan beban mereka.

Sekiranya Pakatan gagal melaksanakan janjinya, maka perjuangan Pakatan untuk rakyat itu hanyalah satu lagi janji dan permainan politik yang tentunya mengecewakan rakyat. Saya harap rakyat tidak dikecewakan!

Ada pihak berpendapat janji-janji seperti bantuan RM1000 untuk pelajar baru IPTA, bekalan air percuma, penurunan cukai pintu hanya menebalkan mentaliti subsidi?

ImageApa kaitan bantuan kerajaan kepada rakyat dengan mentaliti subsidi? Saya tidak faham kenapa apabila rakyat memohon bantuan dan pertimbangan kerajaan untuk meringankan beban mereka, maka kita katakan rakyat bermentaliti subsidi.

Anggapan sebegini amat tidak adil kepada rakyat miskin yang mengharapkan kerajaan untuk membantu mereka. Saya kira dari segi falsafah pun, istilah 'subsidi' dan 'bantuan' kerajaan itu perlu dibezakan, apatah lagi dengan istilah 'mentaliti subsidi.' Jangan perlekehkan rakyat sampai ke tahap itu.

Kita kena tahu rakyat memilih kerajaan untuk membolehkan kerajaan memikirkan masalah rakyat dan membantu rakyat. Jadi kalau tuntutan rakyat supaya kerajaan membantu mereka pun dianggap sebagai 'rakyat bermentaliti subsidi', saya kira ini adalah satu tanggapan yang silap. Membantu meringankan beban dan mensejahterakan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat yang memilih mereka.

Jika kerajaan hanya mahu menjadi kerajaan yang tahu mengutip cukai sahaja sehingga membebankan rakyat, dan kerajaan tidak tahu mencari wang untuk menjana pendapatan negeri, maka lebih baik tidak usah memerintah. Slogan seperti rakyat bermentaliti subsidi seperti sudah menjadi satu penyakit kepada semua kerajaan-sama ada pusat atau negeri-apabila rakyat memohon supaya kesejahteraan mereka dipedulikan.

Saya harap istilah rakyat 'bermentaliti subsidi' sekiranya rakyat memohon bantuan kerajaan ini tidak digunakan lagi. Ia seperti rakyat yang miskin sering dipersalahkan. Tanggapan begini tentunya mengecewakan rakyat.

Antara tarikan manifesto Pakatan Rakyat ialah konsep negara kebajikan. Dalam bidang kuasa kerajaan negeri, rakyat tentunya tidak mendesak agar harga bahan api dikurangkan, tetapi bagaimana dengan hal-hal yang sememangnya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri?

Saya yakin rakyat tahu mana satu bidang kuasa kerajaan negeri dan mana satu bidang kuasa kerajaan pusat. Rakyat tahu soal penentuan harga minyak itu kuasa kerajaan pusat dan oleh itu rakyat tidak akan mendesak kerajaan negeri menurunkan harga bahan bakar tersebut. Jadi saya tidak hendak bincangkan tentang kerajaan pusat. Persoalannya bagaimana dengan hal-hal yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri?

Semua tahu Selangor merupakan sebuah negeri kaya. Jadi tentunya kerajaan negeri juga mampu menjaga kebajikan rakyat. Tapi nak jaga macam mana kalau hendak bayar RM1000 seperti yang dijanjikan kepada semua pelajar Selangor yang dapat ke IPT pun sudah sukar dilaksanakan. Inilah yang merisaukan saya, soal yang tak perlu jadi isu pun sudah menjadi isu. Banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban rakyat bagi menjayakan konsep negara kebajikannya.

Antaranya ialah kerajaan negeri perlu memenuhi keperluan asas rakyat seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan makanan. Tentunya kerajaan negeri akan kata cadangan ini tidak logik kerana apa yang saya nyatakan di atas adalah dalam bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi sebagai negeri yang hendak menjayakan konsep negara kebajikan, kerajaan perlu fikir mekanisme untuk membantu mereka yang tinggal di Selangor ini merasai nikmat menetap di negeri yang kaya.

Saya yakin mekanismenya boleh difikirkan sekiranya kerajaan bersungguh untuk menjayakan konsep negara kebajikannya, tetapi hendak fikir macam mana kalau hendak memberi wang kepada pelajar yang memasuki IPT pun sudah menjadi isu.

Bagaimana janji-janji seperti good governance, ketelusan, antirasuah dapat dinilai dalam tempoh berkenaan?

Tempoh 100 hari masih sukar untuk menilai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Pemimpin besar dunia dan kerajaan di dunia ini tidak melakukan kesilapan besar yang melibatkan tadbir urus dalam masa singkat pemerintahan mereka, tetapi setelah masuk ke tahap pelaksanaan, sebarang penyelewengan, jika ada akan dapat dikesan. Sehingga ke tahap ini, saya melihat keikhlasan kerajaan negeri untuk menjalankan pemerintahan dengan tadbir urus yang baik, telus dan antirasuah. Semoganya hal ini dapat diterus dan dikekalkan.

Bagaimana pula dengan kualiti wakil-wakil rakyat Pakatan?

ImageSatu yang jelas dengan wakil rakyat Pakatan ialah mereka dilihat bersih dan komited untuk membantu rakyat melalui suara mereka. Saya menyatakan ini berdasarkan kepada pengamatan saya melalui ucapan, ceramah, perbualan dan gaya hidup mereka.

Kenyataan akhbar mereka juga menunjukkan bahawa mereka adalah komited dalam perjuangan untuk mewujudkan kerajaan yang telus dan terbuka. Kesediaan mereka menghadapi risiko dengan menghadiri demonstrasi yang dianjurkan tanpa permit untuk menyuarakan bangkangan mereka kepada sesuatu isu rakyat juga menunjukkan mereka mempunyai kualiti sebagai seorang pejuang.

Namun, pengamatan saya juga menunjukkan mereka gagal untuk membantu rakyat yang mendatangi mereka secara bersemuka untuk mendapatkan bantuan wang segera bagi membeli keperluan harian dan lain-lain yang berkaitan. Soal tidak cukup wang satu hal, tapi soal berjiwa halus untuk mengongsi kesusahan dengan rakyat, itu saya kira kelebihan ada pada wakil rakyat BN.

Apa yang nyata, soal personal touch sebagai wakil rakyat ini, saya lihat wakil rakyat BN lebih berjaya. Jadi dalam soal ini, sementara wakil rakyat BN lebih merakyat untuk membantu rakyat secara terus, wakil rakyat Pakatan pula lebih merakyat untuk menyampaikan suara rakyat bagi mendapat perhatian kerajaan. Kedua-duanya ada peranan dan kualiti tetapi dari aspek yang berbeza.

Ada pandangan mengatakan wakil rakyat tidak perlu menjadi Santa Claus kepada pengundi yang memilihnya, cukuplah dengan diaktifkan, misalnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mungkin Prof. ada pandangan berbeza.

Jika di negara Barat memang betul wakil rakyat tidak perlu menjadi Santa Claus. Ini kerana segala keperluan rakyat dijaga oleh pegawai dan jabatan kerajaan. Di negara Barat, kerajaan betul-betul berfungsi sebagai penggubal polisi dan undang-undang sahaja. Tetapi senario di negara kita berbeza.

Allahyarham Dato' Mohd Asri pernah berkata, wakil rakyat yang berjaya ialah mereka yang bersedia untuk menjadi welfare officer. Kita memang boleh berhujah bahawa pendapat Asri itu mungkin relevan 20 atau 30 tahun dahulu tetapi tidak lagi dalam dunia globalisasi sekarang.

Apa pun hujahnya, di Malaysia wakil rakyat tidak sama seperti di Barat kerana tugas menjaga kebajikan rakyat, menghadiri majlis kenduri, menziarahi rakyat sakit demam masih lagi merupakan sebahagian dari tanggungjawab rutin wakil rakyat.

Sehinggalah kita menukarkan sistem pilihan raya kita dengan rakyat hanya memilih keupayaan dan merit calon sahaja sebagai wakil mereka, maka wakil rakyat tetap perlu menjadi Santa Claus kepada pengundi yang memilihnya. Saya lihat wakil rakyat BN lebih berjaya berbanding dengan wakil rakyat Pakatan dalam soal ini.

Soal untuk menyerahkan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini jangan dijadikan escapism oleh wakil rakyat Pakatan untuk tidak menjaga rakyat. Bagaimana hendak menjayakan konsep negara kebajikan sekiranya wakil rakyat sendiri tidak ada personal touch untuk menyelami masalah rakyat. Lagipun saya perhatikan Jabatan Kebajikan ini terlalu red tape dan sukar untuk memberikan bantuan sekiranya tidak ada sentuhan wakil rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan mungkin mendakwa mereka kekurangan dana dan mempunyai keterbatasan untuk melunasi janji-janji.

Kerajaan yang bijak dan berkesan boleh memikirkan pelbagai cara untuk menjana pendapatan negeri. Kalau kerajaan negeri boleh mengkritik kerajaan pusat dan boleh mencadangkan kepada kerajaan pusat kaedah untuk menjana pendapatan negara, maka kerajaan negeri juga perlu memikirkan caranya untuk menambah dana negeri. Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dan soal kekurangan dana bukan alasannya untuk tidak melunasi janji-janji plihan raya bagi mensejahterakan rakyat.

Sekarang timbul saranan agar konsep parti menguasai kerajaan dipraktikkan. Soalnya bagaimana ia boleh dilaksanakan sewaktu Pakatan Rakyat belum dapat dibentuk secara formal?

Soal ini sudah banyak diperkatakan. Untuk apa parti menguasai kerajaan jika pemimpin parti tidak berjiwa politik, sama seperti sikap dan perangai pegawai kerajaan sahaja. Pemimpin yang hebat mesti mampu membuat keputusan besar.

Di Selangor, sukar untuk parti menguasai kerajaan bukan kerana tidak ada parti dominan atau Pakatan belum terbentuk secara formal, tetapi parti itu sendiri masih lagi rapuh dan pemimpinnya masih lagi belum memahami politik secara kukuh. Tapi sekiranya pemimpin kerajaan Pakatan boleh memahami erti politik dan tanggungjawab politik dan boleh berfikir secara politik, saya yakin kerajaan Pakatan boleh melakukan sesuatu yang lebih besar lagi untuk membawa Selangor ke depan selepas 100 hari memerintah.

Saya katakan begitu kerana sehingga setakat ini saya masih belum melihat lagi satu agenda besar kerajaan Pakatan untuk membangun dan mensejahterakan Selangor. Akhirnya, bila saya fikir balik mungkin benar kata orang, mengkritik dan menegur itu lebih mudah dari melaksanakan apa yang dikritik.

Sekarang mungkin lebih ramai berminat untuk melihat berlaku perubahan teraju di peringkat pusat. Ada mendakwa Pakatan yang diterajui Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh membuat kejutan.

Jangkaan dan khabar angin dalam politik perkara biasa. Minat orang untuk melihat perubahan juga biasa. Dakwaan Dato' Seri Anwar kemungkinan berlaku perubahan di peringkat kepimpinan pusat juga biasa kerana kemungkinan dalam politik itu adalah sesuatu yang biasa.

Saya dah dengar lama tentang hasrat Dato' Seri Anwar untuk membuat kejutan tapi yang jelasnya, sehingga hari ini kejutan itu masih belum berlaku lagi.

Oleh itu, sehingga saya melihat dengan jelas apa yang mungkin akan berlaku, saya simpan dulu komen saya kepada soalan ini. Justeru ini adalah soalan yang berbentuk kenyataan politik, maka saya juga menjawab dengan kenyataan politik, iaitu dalam politik itu segalanya adalah serba mungkin, dan itu adalah biasa.

Pada masa sama, tidak kurang juga yang menimbulkan perlunya PAS mengadakan kerjasama dengan Umno, dan mungkin membentuk kerajaan campuran BN-PAS. Ya, mungkin atas alasan memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam dalam kerajaan. Masuk akalkah kemungkinan ini?

Kemungkinan dalam politik semuanya masuk akal. Cuma sekarang ini, saya tidak lihat PAS dan BN akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan campuran, biarpun atas alasan memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam.

Antara sebabnya ialah masih ada jurang perbezaan pemikiran yang luas antara PAS dan BN setelah lama tidak bersama. Hari ini juga saya lihat PAS lebih selesa bekerjasama dengan parti dalam Pakatan. Lebih penting lagi, suasana politik hari ini memihak kepada PAS untuk tidak berada bersama dalam BN.

SAPP, walaupun hanya mempunyai dua kerusi Parlimen sudah membuat kejutan apabila mengumumkan akan membawa usul tak percaya kepada PM di Parlimen. Apa yang mahu Prof sebutkan tentang polemik terbaru ini?

Saya tidak katakan tindakan SAPP satu kejutan, tetapi satu kehairanan. Ini kerana tiga sebab: Pertama, biasanya, parti yang hanya ada dua kerusi tidak akan membuat kenyataan terbuka untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Dewan yang ahlinya adalah seramai 222 orang.

Kedua, biasanya usul tidak percaya dibawa setelah yakin bahawa usul tersebut akan mendapat sokongan majoriti. Dan ketiga, biasanya usul tersebut akan dibawa secara mengejut supaya ia betul-betul menjadi kejutan. Dalam kes SAPP ini, saya tidak nampak ada elemen kejutan.

Dalam sistem politik kita, parti harus kuat dan berpengaruh. Parti-parti komponen Pakatan, terutama PAS dan KeADILan masing-masing sibuk mengukuhkan pengaruh untuk mendapatkan keahlian seramai mungkin terutama orang Melayu. Apakah ini boleh menimbulkan ketegangan antara parti berkenaan?

Merebut pengaruh dan sokongan dalam politik adalah biasa. Biarpun KeADILan dan PAS sama-sama bersaing untuk merebut undi Melayu, saya tidak fikir perebutan ini boleh mewujudkan ketegangan kerana kehendak individu tidak boleh dipaksa. Sokongan dalam politik perlu diperolehi secara semula jadi dan secara sukarela.

Orang Melayu yang menjadi ahli PAS mempunyai minatnya kepada PAS dan yang mahu menjadi ahli KeADILan ada alasan lain kenapa mereka menyokong KeADILan. Minat dan alasan tidak sama. Cuma persamaan antara mereka ialah orang Melayu yang menyokong parti ini tidak minat dan tidak menyokong konsep BN. Jadi saya tidak lihat kenapa perlu wujud ketegangan.

Masih adakah kaedah lain yang lebih efektif bagi memastikan Pakatan tetap mendapat sokongan dalam pilihan raya akan datang?

Banyak kaedahnya untuk mendapat sokongan rakyat. Satu yang pasti ialah tunaikan segala janji pilihan raya yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri. Sekiranya ini mampu dilaksanakan dan rakyat melihat Pakatan merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah serta dapat menjaga kebajikan rakyat sepertimana yang dijanjikan, maka rakyat tidak akan serik untuk mengundi Pakatan lagi.

Tapi jika janji pilihan raya 2008 hanya sekadar retorik, tidak mustahil rakyat akan membawa keranda untuk menguburkan politik Pakatan ini. Akhirnya, apapun juga parti politik yang kita dokong, sudah sampai masanya semua parti politik menyedari bahawa suara rakyat ini keramat dalam menentukan survival mereka. Oleh itu, semasa berkuasa ini, perkenalkan dasar yang boleh mensejahterakan rakyat.

Berbalik kepada Umno-BN, apakah dalam masa 100 hari ini juga Prof. melihat parti berkenaan berada di atas landasan yang betul bagi melakukan pemulihan?

Saya lihat kerajaan pusat Umno-BN selepas pilihan raya 2008 ini menghadapi banyak cabaran. Selepas gagal mempertahankan kemenangan dengan majoriti dua pertiga, berlaku krisis makanan dan selepas itu kenaikan harga minyak.

Adakah parti ini berada di landasan yang betul, ini sukar dijawab. Tapi secara umum rakyat mahukan supaya kemelut dan tekanan hidup yang mereka hadapi ini diselesaikan dengan cepat oleh rakyat. Saya lihat kerajaan bersungguh dalam mengatasi masalah yang dihadapi, tetapi dalam masa yang sama banyak keputusannya adalah bersifat ad hoc, seperti dibuat secara tergesa-gesa kerana masih ada ruang yang boleh dibahaskan dan perlu diperbaiki.

Kerajaan pusat perlu mengatasi hal ini kerana ini adalah soal rakyat umum yang melampaui batasan kepartian. Sekiranya kerajaan pusat dapat mengeluarkan rakyat dari keperitan hidup akibat krisis ini, maka itulah kejayaan besar Umno-BN selepas 100 hari memerintah.

Bagaimana pula dengan isu kenaikan harga minyak, apa kesannya kepada pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Banyak kesan. Dalam soal ini apapun alasan dan hujah yang diberikan oleh kerajaan, rakyat masih lagi belum menerima realiti kenaikan harga minyak ini.

Rakyat masih belum faham kenapa sebagai sebuah negara pengeluar minyak, negara kita turut terbeban dengan kenaikan harga minyak global. Rakyat masih belum faham dengan hujah penstrukturan semula harga minyak untuk mengurangkan tekanan inflasi.

Rakyat masih yakin dan percaya kepada hujah Pakatan lagi. Sebabnya cuma satu: kerana kenaikan harga minyak ini menjejaskan kehidupan dan memberikan tekanan kewangan kepada mereka.

Kerajaan pusat perlu melihat semula soal ini untuk memberikan penjelasan yang lebih mudah difahami rakyat. Saya fikir soal ini tidak timbul sekiranya rakyat diberi peringatan terlebih dahulu dan masa yang secukupnya untuk bersedia dalam isu yang besar sebegini.

Bagaimana dengan Abdullah? Dengan keadaan yang semakin kalut, apakah beliau perlu meletakkan jawatan seperti disarankan Dr Mahathir?

Soal meletakkan jawatan adalah soal Perdana Menteri untuk menentukannya. Orang lain hanya boleh menyarankan atau mendesak sahaja. Dari segi perlembagaan Pak Lah akan terus menjadi Perdana Menteri sehinggalah Dewan dibubarkan atau beliau hilang kelayakan sebagai ahli Dewan atau beliau mendapat undi tidak percaya di Dewan.

Sehingga hari ini, biarpun pemimpin Pakatan mendakwa akan ada ahli parlimen yang akan menyokong Pakatan untuk membentuk kerajaan pusat, itu masih lagi merupakan kenyataan politik.

Biarpun juga SAPP mengumumkan akan mengusulkan undi tidak percaya di Dewan, tetapi sehingga hari ini, ia masih lagi belum berlaku. Biarpun juga bekas Perdana Menteri mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan, Pak Lah masih belum meletakkan jawatannya dan sehingga hari ini Pak Lah masih lagi tetap menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam tempoh 100 hari ini juga Dr Mahathir telah bertindak keluar daripada Umno, apakah ia satu peristiwa besar yang mempunyai kesan besar dalam politik Malaysia, atau ia berlalu begitu sahaja?

Tindakan Tun Dr Mahathir keluar Umno pasti ada kesan. Ini bukan kali pertama bekas perdana menteri keluar parti. Sebelum ini pun Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga pernah keluar parti. Ia memberi kesan tetapi selepas itu ia berlalu begitu sahaja.

Cuma dalam kes Tun Dr Mahathir ini saya lihat ada kelainan kerana setelah keluar parti beliau masih aktif bergerak bertemu rakyat. Jadi, untuk tempoh terdekat ini, selagi Tun masih aktif, ia meninggalkan kesan kepada parti Umno dan kepimpinan Pak Lah sendiri. - mks._