Monday, October 20, 2008

RENUNGAN BUAT DIRIKU

Allah maha perkasa,Subha Nallah.
Flip Flop dan berbohong- sifat mazmum

Kuliah maghrib, 20 okt 08.Pertama kali setelah PR menang di perak,kuliah di Surau Nurul Iman.Berbekalkan buku Islam dan Manusia, karangan Dr Harun Din dan Groupnya, Dalam muqaddimah:

1.Manusia adalah makhluk istimewa dan sebaik kejadian, syaratnya
mesti beriman dan menunaikan semua perintah dan menjauhi larangan.

2. Manusia adalah Khairul bariah, bila beramal dengan alQur'an dan Sunnah Nabi SAW.
3. Manusia adalh Ahsani Taqwim, bila mereka hidup beraqidah dan menjaga Syariat Allah.
4.Allah telah memberi amanah bagi mengurus dunia Islam dan menyebarkan agama, hanya manusia yang beriman sahaja yang sanggup, justru itu kita mesti mencari bekalan agar amanah Allah tersebut dapat kita tunaikan.

5. Bagi hayat yang ada,perlu di manfaatkan bagi merebut peluang hidup sebelum mati.

Selepas kuliah tu ,ada pulak majlis Tahlil, seorang ahli jamaah kematian isteri akibat Stroke, mudah mudahan Allah menempatkan isteinya bersama para Solihin.

1 comment:

Ust Halim Nasir said...

Salam. Itulah ni'mat bila PAS jadi Ment. Besar, boleh masuk dah surau/masjid yg dulu cukup payah untuk ditembusi. Teruskan proses tarbiyyah...