Friday, May 30, 2008

BILA SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI



Cuti sekolah tahun ni ku pulang ke kampong,Trengganu Bistari ,
Pagi sempat ke Rusila , dengar Kuliah pagi Jumaat, dan sempat tandatangan MAMPAT dan dapatkan riben Putih Hitam ( Minta Kerajaan Pusat beri balik ROYALTI, kepada rakyat Terengganu)
yang dirompak,
dan kebetulan ada SUKMA XII.Ramai juga orang,Jambatan Duyong tepian Masjid Kristal,kadangkala Jem juga bukan apa, pemandu tidak Bistari,potong ikut suka.

Waktu dah petang gi pasar kedai Payang, cari telor "piyung"( penyu)RM33.00 untuk 10 biji.
Kerepok lekor "samah" (lima puloh sen) sebatang.

Tengok buah durian terlior rasa, jadi belilah 3 biji RM15.00, durian siam.makan kat tepi muara sungai terengganu( taman Shah bandar)
Orang ramai juga, persiapan sempena Sukma XII, makan cepat-cepat sebab Suara bilal kat Masjid Puteh ( Masjid Abidin) dok baca Qur'an, nak masuk magrib.

Lepas je makan durian bersama anak-anak kat tepi Muara tu , kami pun gilah
(pergilah ) ke Masjid Puteh, berwudu' dan solat berjamaah,tapi malang terengganu Bistari,

Masjid cantik:

Tetapi, Tandas dikunci.
Jamaah labih ramai kat Sah bandar dari Solat di Masjid Puteh.
macam manalah nak bina Generasi Ulul Albab ?


Sekadar renungan buat diri dan ahli ku:

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
amu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Tuesday, May 27, 2008

Keindahan Alam Ciptaan Allah di Langkawi



















Catatan perjalanan di musim cuti sekolah 26 Mei hingga 28 mei 08.

Monday, May 26, 2008

BN - banyak barang naik harga....



Jam 8.00 pagi, 26 Mei 08 berlepas dari Sri Manjung menuju ke Langkawi.
Tiba di Termina Feri Kuala Perlis Jam 11.30 pagi.Parking di tempat seorang remaja dengan bayaran RM10.00 sehari.
Pastu beli tiket "My Fery" RM 18.00 Dewasa dan RM13.00 Kanak-kanak. janji 12.45 tetapi delay 1.45 dan sampai di Jety Kuah jam 2.45 Petang.DiJety tu bertemu dengan anak murid lama "Darul qur'an Rusila" Sdr Abd hadi , orang Negeri Sembilan.

Lepas tu dapatkan service Sewa kereta " Iswara" Cermin Driver pun tak boleh buka tambah dengan "Hon " tak bunyi charge RM60.00 sehari.Ini lah gaya orang kita buat Bisness.Berpandukan Peta Lokasi pulau langkawi dan beberapa kali sesat...maka bertemulah CD Motel.

Alhamdulillah Dik Nora booking CD Chalet" CD Motel" RM90.00 satu malam dipantai Chenang,dibelakang "Water World" Ok lah.

Petang tu selepas solat jama takhir dan rehat, di CD Motel kami sekeluarga Round sekitar chenang keliling melalui Water world ,Air port hingga ke Pekan langkawi dengan mengisi RM30.00 Shell.

Singgah pekena roti telor kat Restoran "Assam' 8 orang makan RM27.00( termasuk air buah dan 2 pinggan Laksa penang.

Lepas beli choklat dan sikit barang kat kedai 'Ismail Group" RM80.00 kami pun pulang ke CD Motel.Masa merayau tu ada juga terjumpa lambang bulan, dan PKR tetapi taklah banyak sangat,tetapi nampaknya semakin cerah, insyaAllah.

InsyaAllah Besok selepas terbit matahari kami nak keluar melihat suasana Orang langkawi lagi, mungkin ada kenalan mana tahu...