Tuesday, May 19, 2009

DAIRI KEHIDUPAN


Nostalgia di desa

Firman Allah,Surah Yunus:24
bermaksud:

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya[683], dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya[684], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. "

[683]. Maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya. [684]. Maksudnya: dapat memetik hasilnya.

Pagi 20 mei 09, Rabu...Kancil ku meragam lagi.
Lepas Kuliah , 9.00 pagi hantar kat kedai Jati Tayar...katanya kena buka enjin...masalah kluth...pukul 5.00 petang InsyaAllah siap...mudah mudahan.
Maklumlah aku tanpa kancil ..patah kakilah ..
sebab petang ada kuliah, petang dan ada kuliah Magrib, jadi besar pengorbanan si kancil tu...

Hari ini , Seperti biasa kalau Bongsuku ke Taalim dengan basikalnya, aku tak balik time lunch.
Juga tak ada sapa-sapa kat rumah tu , so solat kat pejabat je...

Anak sulong dan anak no 2 , Alhamdulillah dah sampai kat kampung pagi ini, bertolak daribus stand Sri Manjong jam 7.30 malam .Tiket ..Ya Rabbi , macam kapal terbang.cukai sahaja RM13.00.
Agaknya dah bermesra-mesra dengan Ma dan semualah Walid dan yang lain-lainNya katTok Jiring, begitulah hendaknya.....
Itulah harapan aku dan zaujah, biar dia orang ingat juga jasa "Tok dan Ma" yang bersama-sama menyumbang bagi kebahagian bersama. Biar mereka merasa betapa perlunya ikatan kasih sayang keluarga,
kita hidup di atas muka bumi ini , tiada apa ertinya tanpa agama dan akhlak, so perlulah ada kasih sayang , hormat menghormati sesama insan, apa lagi ibu bapa dan keluarga.

Hari ini, insyaAllah, makan tengah hari kat IKM.
kita orang ada majlis perpisahan Kelab.
Minggu depan Pelajar aku Final exam.Dan kelas pun berakhir minggu ini.
Bagi ku , inilah antara sumbangan yang boleh diberikan semasa hayat di kandung badan,

dan insyaallah kami akan pulang bercuti ke Trengganu....pada 29 Mei petang hinggalah hari khamis 4 mei 09.
Mudah mudahan dapat jumpa keluarga di kampung...aku tau mereka amat perlukan aku, perlu sentiasa ada di samping mereka , apa lagi ketika mereka semakin tua dan lemah....tetapi apa kan daya....

walau bagaimana pun sekali sekala dapat peluang untuk balik bercuti tu sekurang-kurangnya terlerailah rasa rindu itu.
Maka begitulah aku , perlukan anak-anak ku berada di samping ku.
oh ya ,,,,masa dah suntuk ada hal perlu di lakukan...
Wassalam.

No comments: