Thursday, June 26, 2008

EQ DAN SQ


Kursus ESQ 3 ( IQ,EQ dan SQ )Langkawi.

Firman Allah Al Ahzab:59

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

APA KATA YB LEPASAN AGAMA AL AZHAR...

HARIAN METRO-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu dan berkasut tinggi.

“Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.

“Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki.


“Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di sini, semalam.

Betul lah kata pesyarah dalam kursus tadi,manusia hari ini diukur berdasarkan IQ ( Kecerdasan Akal je) tetapi tiada EQ apa lagi SQ ( Kecerdasan emosi dan Kecerdasan Rohani)

Mudah mudahan ilmu yang ada pada kami ahli-ahli kursus ini dapat di curahkan kepada para pelajar dan ahli keluarga kami.InsyaAllah.

No comments: