Sunday, June 15, 2008

MENGURUS KELUARGA ERA HADHARI


Terfikir didalam benak aku,di dalam keriohan bahan api dan bahan makan dan semua bahan keperluan yang bahangnya kian terasa, apa lagi bagi seorang aku yang pendapatan dibawah RM3,000.Tanggungan enam orang.

Bayangkan semua anak bersekolah,ada yang di menara gading,dan semua nya perlukan perbelanjaan. Pembiayaan kenderaan,ibubapa dan bagai-bagai lagi.Tak apa lah, mudah mudahan inilah sebahagian dari amalan yang akan diganjarkan oleh Allah swt di Akhirat nanti.

Terubat rasanya , jika pengorbanan ini difahami dan di insafi oleh anak-anak.Lahirnya anak-anak yang soleh dan solehah,ibu bapa yang bertaqwa serta kawan-kawan yang setia.

Ku insafi.Sesungguhnya kesusahan di alam fana ini sahaja dah merungsingkan, macamanalah di Akhirat nanti.Kesusahan di dunia ini walau susah macam mana pun ada penawarnya, ada penolongnya dan tidak berterusan.

Bagaimanalah saat kematian ku nanti,
Bagaimana pula kalam terakhir ku besok,
Bagaimanalah Alam Barzakh ku
Bagaimanalah jawapan ku bila ditanya Mungkar dan Nakir?

Jadi sebelum esok menjelang,
Bagaimanalah ku urus solat ku dan solat Keluargaku,
Bagaimana ku urus Ilmu ku dan ilmu keluargaku.
Bagimanalah ku urus Qur'an dan Hadis pada diriku dan keluarga ku.

Sebelum esok datang,
Ku inginkan bimbingan.
Ku inginkan asuhan
Ku inginkan teguran
Ku inginkan sapaan.

Tetapi siapa yang membimbing.
siapa yang mengasuh
siapa yang menegur
siapa yang menyapa.

Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis....?

Ya Allah kurniakanlah kepada kami bimbingan , pimpinan
Pewaris nabi,
Ulama dan Murabbi
Yang amanah dan berhati suci
Sentiasa menegakkan Ajaran Kitab suci dan Sunnah Nabi.
Binasakanlah Syaitan dan bala tentera yang dengki.

Walau pun kehidupan yang sukar,akibat pimpinan yang Korupsi, tetapi kerana Mu Ilahi ku teruskan tekaad ini bagi mengurus diri dan ahli mengikut Syariatmu Ilahi.
Mudah mudahan sinar kenabian dan kekudusan syariatmu terpancar dibumi ini menggantikan
Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis.....
Islam pasti menang.

No comments: