Wednesday, June 4, 2008

PM Terlampau

Petrol naik kepada RM2.70 Desel RM2.60

Dari Harakah daily, aku tertarik dengan ulasan YB Hj Mahfuz, berkaitan kenaikan harga petrol dan Desel sebagai harga terlampau , walaupun pada asalnya dikatakan Harga minyak tak akan dinaikkan hingga tahun ini, dan ada suara menteri menyatakan petrol akan naik ogos ini...tapi tak semena-mena PM ku membuat pengumuman yang mengejutkan, inilah agaknya tanda terima kasih PM di atas PRU 12 .PM terlampau....memang tepat, rata-rata ku dengar HABIH JEM, terkejut dan masing-masing berlumba-lumba mengisikan bahan bakar itu yang memang tiada gantinya, kalau beras naik rakyat boleh tahan lapar, makan lepeng ke, ape ke. Kalau bahan bakar naik apa rakyat boleh buat ????nak ganti dengan ape ???

Kat kampong ku, kampong Peradong...ada satu stesyen minyak kat Kampong Batu Hampar,pun sama semua pakat beratur jugak...inilah disiplin orang kampong ku dan rakyat malaysia, walaupun di tekan, tetapi SABAR.Berbaris, dan lebih parah tu , ada abang polis dok tunggu kat steysen tu dok jaga tahan orang kampong nak beli minyak pakai tangki/tong kosong.Kalau nak beli kena bawa motor atau kereta, tak boleh pakai bekas !!!!ape peraturan ni...

Nasiblah ada sorang hamba Allah yang berani menegur dan memberi pandangan , apahal kalau kawan tu bawa tin kerana motor ke, kereta ke ,mati kat tengah jalan, apahal?.
Akhir nya barulah dibenarkan beli minyak tu...Inilah kalau penjawat awam tak tahu bidang kuasa dan bidang kerja mereka..menyusahkan.

Aku rasa perkara ini bukan je berlaku kat kampong ku yang jauh dipendalaman ni, bahkan semua tempat dalam Negara ku ini yang mendengar pengumuman PM terlampau didalam media petang tadi.

MP apa cerita.Wakil-wakil rakyat macam mana, pak menteri tak ape ... deme PRE belake.
Kita orang kampong,Guane gamok?? Klotong nyor ah......apakah kita mahu terus jadi begini atau sebaliknya.
Ya Allah ...berilah kekuatan kepada hamba bagi meneruskan pejuangan ini.
Akhiru kalam...madah hamba buat hilangkan rungsing!!!

pon talifon, anak ayam bulu balik
balik zaman jepun tak ada beras makan keledek

pon talifon , anak itek bulu tebal
balik zaman jepun minyak mahal naik basikal

pon talifon,anak lembu tepi sungai
Puas dok termenong ,lepas ni bala ape pula yang nak mai.

No comments: