Sunday, June 15, 2008

MENGURUS KELUARGA ERA HADHARI


Terfikir didalam benak aku,di dalam keriohan bahan api dan bahan makan dan semua bahan keperluan yang bahangnya kian terasa, apa lagi bagi seorang aku yang pendapatan dibawah RM3,000.Tanggungan enam orang.

Bayangkan semua anak bersekolah,ada yang di menara gading,dan semua nya perlukan perbelanjaan. Pembiayaan kenderaan,ibubapa dan bagai-bagai lagi.Tak apa lah, mudah mudahan inilah sebahagian dari amalan yang akan diganjarkan oleh Allah swt di Akhirat nanti.

Terubat rasanya , jika pengorbanan ini difahami dan di insafi oleh anak-anak.Lahirnya anak-anak yang soleh dan solehah,ibu bapa yang bertaqwa serta kawan-kawan yang setia.

Ku insafi.Sesungguhnya kesusahan di alam fana ini sahaja dah merungsingkan, macamanalah di Akhirat nanti.Kesusahan di dunia ini walau susah macam mana pun ada penawarnya, ada penolongnya dan tidak berterusan.

Bagaimanalah saat kematian ku nanti,
Bagaimana pula kalam terakhir ku besok,
Bagaimanalah Alam Barzakh ku
Bagaimanalah jawapan ku bila ditanya Mungkar dan Nakir?

Jadi sebelum esok menjelang,
Bagaimanalah ku urus solat ku dan solat Keluargaku,
Bagaimana ku urus Ilmu ku dan ilmu keluargaku.
Bagimanalah ku urus Qur'an dan Hadis pada diriku dan keluarga ku.

Sebelum esok datang,
Ku inginkan bimbingan.
Ku inginkan asuhan
Ku inginkan teguran
Ku inginkan sapaan.

Tetapi siapa yang membimbing.
siapa yang mengasuh
siapa yang menegur
siapa yang menyapa.

Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis....?

Ya Allah kurniakanlah kepada kami bimbingan , pimpinan
Pewaris nabi,
Ulama dan Murabbi
Yang amanah dan berhati suci
Sentiasa menegakkan Ajaran Kitab suci dan Sunnah Nabi.
Binasakanlah Syaitan dan bala tentera yang dengki.

Walau pun kehidupan yang sukar,akibat pimpinan yang Korupsi, tetapi kerana Mu Ilahi ku teruskan tekaad ini bagi mengurus diri dan ahli mengikut Syariatmu Ilahi.
Mudah mudahan sinar kenabian dan kekudusan syariatmu terpancar dibumi ini menggantikan
Hadhari,Liberal,Sekular,Sosialis.....
Islam pasti menang.

MUHASABAH DIRI


Kami hayati pagi iniYa Allah,dimana ( Kami sedar ) Kerajaan ini ditangan Mu,Segala puji untuk Allah.Tidak ada sekutu baguNya.Tidak ada Tuhan melainkan Dia.KepadaNya kami akan dihimpunkan.

Kami hayati pagi iniYa Allah,dimana ( Kami sedar ) Kerajaan ini ditangan Mu,Segala puji untuk Allah.Tidak ada sekutu baguNya.Tidak ada Tuhan melainkan Dia.KepadaNya kami akan dihimpunkan.

Inilah antara lain maksud dalam satu petikan "Bacaan Mathurat"yang sepatutnya bukan sahaja menjadi bacaan rutin , tetapi menjadi penghayatan kita di dalam meneruskan hidup dan kehidupan di atas muka bumi Allah ini.

Sekurang-kurangnya di sana ada suatu rujkan dalam hidup kita, bagi mencapai kebaikan dan al Falah yang berteraskan Syariat Allah.

Wallahu 'Alam

Wednesday, June 4, 2008

GI PULAU PERHENTIAN




Hari ini minyak mula naik harga.Sebelum tu sempat berposting sama keluarga kat kampong. 1 liter RM2.70 , jadi untuk ke Kuala Besut isilah RM40.00.Hajat tu nak gi ke pulau Perhentian jarak dari rumah lebih kurang 90 KM melalui jalan pantai .Kami pakat adik beradik nak bertolak jam 12.00
Mengikut kata "Along'tambang Speed Boat RM35.00 untuk 10 orang,Sewa Chalet Family RM180.00 semalam.Saja-saja jalan cuti sekolah.Nak hiburkan anak-anak.Maklumlah mereka ni belajor je sokmo-sokmo.Mudah mudahan lepas ni mereka akan terus belajar dan memahami situasi sistem dalam negara ini.Biar mereka melihat bagaimana iklim di Malaysia.Masalah politik,Ekonomi dan sosial yang berlaku agar mereka dapat melihat dan mendengar dan membuat penilaian yang positif, mereka belajar bersama keluarga tentang politik dan sistem pengurusan oleh pak-pak menteri, mana yang ikut Islam dan keilmuan yang mereka belajar di IPT.Mereka boleh buat penilaian ,dan inilah harapan kami sebagai bapa agar anak-anak membesar dengan minta merdeka berpandukan Islam.

Oh ya masa dah dekat nak berlepas..hingga jumpa lagi.

PM Terlampau

Petrol naik kepada RM2.70 Desel RM2.60

Dari Harakah daily, aku tertarik dengan ulasan YB Hj Mahfuz, berkaitan kenaikan harga petrol dan Desel sebagai harga terlampau , walaupun pada asalnya dikatakan Harga minyak tak akan dinaikkan hingga tahun ini, dan ada suara menteri menyatakan petrol akan naik ogos ini...tapi tak semena-mena PM ku membuat pengumuman yang mengejutkan, inilah agaknya tanda terima kasih PM di atas PRU 12 .PM terlampau....memang tepat, rata-rata ku dengar HABIH JEM, terkejut dan masing-masing berlumba-lumba mengisikan bahan bakar itu yang memang tiada gantinya, kalau beras naik rakyat boleh tahan lapar, makan lepeng ke, ape ke. Kalau bahan bakar naik apa rakyat boleh buat ????nak ganti dengan ape ???

Kat kampong ku, kampong Peradong...ada satu stesyen minyak kat Kampong Batu Hampar,pun sama semua pakat beratur jugak...inilah disiplin orang kampong ku dan rakyat malaysia, walaupun di tekan, tetapi SABAR.Berbaris, dan lebih parah tu , ada abang polis dok tunggu kat steysen tu dok jaga tahan orang kampong nak beli minyak pakai tangki/tong kosong.Kalau nak beli kena bawa motor atau kereta, tak boleh pakai bekas !!!!ape peraturan ni...

Nasiblah ada sorang hamba Allah yang berani menegur dan memberi pandangan , apahal kalau kawan tu bawa tin kerana motor ke, kereta ke ,mati kat tengah jalan, apahal?.
Akhir nya barulah dibenarkan beli minyak tu...Inilah kalau penjawat awam tak tahu bidang kuasa dan bidang kerja mereka..menyusahkan.

Aku rasa perkara ini bukan je berlaku kat kampong ku yang jauh dipendalaman ni, bahkan semua tempat dalam Negara ku ini yang mendengar pengumuman PM terlampau didalam media petang tadi.

MP apa cerita.Wakil-wakil rakyat macam mana, pak menteri tak ape ... deme PRE belake.
Kita orang kampong,Guane gamok?? Klotong nyor ah......apakah kita mahu terus jadi begini atau sebaliknya.
Ya Allah ...berilah kekuatan kepada hamba bagi meneruskan pejuangan ini.
Akhiru kalam...madah hamba buat hilangkan rungsing!!!

pon talifon, anak ayam bulu balik
balik zaman jepun tak ada beras makan keledek

pon talifon , anak itek bulu tebal
balik zaman jepun minyak mahal naik basikal

pon talifon,anak lembu tepi sungai
Puas dok termenong ,lepas ni bala ape pula yang nak mai.

Friday, May 30, 2008

BILA SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI



Cuti sekolah tahun ni ku pulang ke kampong,Trengganu Bistari ,
Pagi sempat ke Rusila , dengar Kuliah pagi Jumaat, dan sempat tandatangan MAMPAT dan dapatkan riben Putih Hitam ( Minta Kerajaan Pusat beri balik ROYALTI, kepada rakyat Terengganu)
yang dirompak,
dan kebetulan ada SUKMA XII.Ramai juga orang,Jambatan Duyong tepian Masjid Kristal,kadangkala Jem juga bukan apa, pemandu tidak Bistari,potong ikut suka.

Waktu dah petang gi pasar kedai Payang, cari telor "piyung"( penyu)RM33.00 untuk 10 biji.
Kerepok lekor "samah" (lima puloh sen) sebatang.

Tengok buah durian terlior rasa, jadi belilah 3 biji RM15.00, durian siam.makan kat tepi muara sungai terengganu( taman Shah bandar)
Orang ramai juga, persiapan sempena Sukma XII, makan cepat-cepat sebab Suara bilal kat Masjid Puteh ( Masjid Abidin) dok baca Qur'an, nak masuk magrib.

Lepas je makan durian bersama anak-anak kat tepi Muara tu , kami pun gilah
(pergilah ) ke Masjid Puteh, berwudu' dan solat berjamaah,tapi malang terengganu Bistari,

Masjid cantik:

Tetapi, Tandas dikunci.
Jamaah labih ramai kat Sah bandar dari Solat di Masjid Puteh.
macam manalah nak bina Generasi Ulul Albab ?


Sekadar renungan buat diri dan ahli ku:

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
amu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Tuesday, May 27, 2008

Keindahan Alam Ciptaan Allah di Langkawi



















Catatan perjalanan di musim cuti sekolah 26 Mei hingga 28 mei 08.

Monday, May 26, 2008

BN - banyak barang naik harga....



Jam 8.00 pagi, 26 Mei 08 berlepas dari Sri Manjung menuju ke Langkawi.
Tiba di Termina Feri Kuala Perlis Jam 11.30 pagi.Parking di tempat seorang remaja dengan bayaran RM10.00 sehari.
Pastu beli tiket "My Fery" RM 18.00 Dewasa dan RM13.00 Kanak-kanak. janji 12.45 tetapi delay 1.45 dan sampai di Jety Kuah jam 2.45 Petang.DiJety tu bertemu dengan anak murid lama "Darul qur'an Rusila" Sdr Abd hadi , orang Negeri Sembilan.

Lepas tu dapatkan service Sewa kereta " Iswara" Cermin Driver pun tak boleh buka tambah dengan "Hon " tak bunyi charge RM60.00 sehari.Ini lah gaya orang kita buat Bisness.Berpandukan Peta Lokasi pulau langkawi dan beberapa kali sesat...maka bertemulah CD Motel.

Alhamdulillah Dik Nora booking CD Chalet" CD Motel" RM90.00 satu malam dipantai Chenang,dibelakang "Water World" Ok lah.

Petang tu selepas solat jama takhir dan rehat, di CD Motel kami sekeluarga Round sekitar chenang keliling melalui Water world ,Air port hingga ke Pekan langkawi dengan mengisi RM30.00 Shell.

Singgah pekena roti telor kat Restoran "Assam' 8 orang makan RM27.00( termasuk air buah dan 2 pinggan Laksa penang.

Lepas beli choklat dan sikit barang kat kedai 'Ismail Group" RM80.00 kami pun pulang ke CD Motel.Masa merayau tu ada juga terjumpa lambang bulan, dan PKR tetapi taklah banyak sangat,tetapi nampaknya semakin cerah, insyaAllah.

InsyaAllah Besok selepas terbit matahari kami nak keluar melihat suasana Orang langkawi lagi, mungkin ada kenalan mana tahu...